Tuesday, 14 April 2015

Aceh - 2nd day


Sebelum memulakan perjalanan tentulah kena isi perut dulu kan. Last meal ambik malam tadi jam 8:00 malam. Mana boleh biarkan perut kosong lama2, kalau kena gastric nanti macam mana….hehehe.

Tempat pertama perjalan pada hari kedua kami bermula di Kapal Generator PL TDPUNG yg tersadai 5km di darat. Kerajaan Aceh mengambil alih tempat ini dan dijadikan tumpuan pelancong. Monumen seperti ombak sebenar yang kelihatan seperti kepala Ular tedung besar dan tinggi dibina untuk pelancong melihat sendiri bagai mana keadaan ketika Tsunami melanda kampung ini. Di ceritakan oleh petugas yang juga mangsa hidup ketika kejadian tersebut, ombak yang datang berwarna hitam pekat kerana bercampur dengan sulphur dan sisa2 bahan dari letupan akibat gempa bumi dari dasar laut. Segala isi bumi yang terdapat dilaut dimuntahkan semula kedarat dan kemuan segala yang berada darat diheret dan digulung menjadi ombak besar, tinggi dan laju membadai Aceh. Mangsa korban di kampung2 ini di pahat di monument batu ini. Diantaranya Dusun Tuan Dipakeh telah meragut 212 nyawa dan Di Dusun Tuan Dikandang sebanyak 350 nyawa terkorban. Menurutnya lagi nama2 mangsa berkemungkinan ada yang tertinggal. Kapal generator ini sangat besar dan saya sendiri terkesima apabila melihat kapal sebesar ini tersadai sejauh 5km daripada laut. Setelah bertahun berlalu, tempat in telah di baik pulih dan dicantikkan untuk menirima pelawat.




Masjid Baiturrahim adalah salah satu masjid bersejarah di Banda Aceh, Indonesia. Masjid yang berlokasi di Ulee Lheue ini juga sempat kami lawati. Para rombongan berehat seketika dan memberikan masa kepada para rombongan untuk solat Dhuha. Selesai solat sunat Dhuha dan mengabadikan gambar para rombongan meneruskan perjalanan.
Huh aloh, cari gambar tak jumpa pulak dlm hp sedih. Kornag google je sure malambak2 picture keluar utk korang lihat hehehe.

Di Aceh terdapat seorang lagenda pahlawan terbilang. Bukan calang2 pahlawan ye kerana ini adalah pahlawan wanita yang dikenali sebagai Tjut Nyak Dien Serikandi. Cerita beliau telah diabadikan di mesueum Tjut Nyak Dien Serikandi. Beliau berjasa besar apabila berjaya melawan Belanda. Rumahnya telah dibaik pulih dan dijadikan muzium.

Ni aqu posing ala2 srikandi jugak berlatarbelakangkan museum Tjut Nyak Dien Serikandi. Dua kali tgk macam Ultraman la pulak….adeh

Keluar pagar daripada muzium ni sebelah kiri terdapat deretan kedai menjual pelbagai makanan tempatan. Apa lagi....shopping la. Puas mintak kurang harga maklumla tawar menawarkan dah memang cultrure kita hehehe






Tengok, nampak tak ai yang mana satu yang kaler oren tu….yea yang kaler oren terang benderang tu le LOL. Ni pun salah satu tip bagaimana untuk mengelakkan diri daripada ditinggalkan oleh Jemaah rombongan…..iaitu pakailah pakaian dengan warna terang.

 
Sebelum pulang ke hotel, kami semua melawat Masjid Kubah Terapun atau Kubah Mesjid Stunami. Semasa terjadi tsunami, kubah ni tertanggal dari masjid utamanya dah dibawa oleh arus tsunami sehingga kesini. Kubah ini tidak terapung sendirian, ia menyelamatkan beberapa nyawa yang berpaut padanya. Sebahagian tapak sawah ini telah dibersihkan untuk membolehkan para pelawat mendekati kubah masjid ini. Di sini juga kerajaan Aceh menempatkan warga tempatan yang berkerja untuk memberikan penerangan mengenai kubah masjid ini.

Dari sini, kami terus menuju ke hotel utk rehat seketika dan bersedia utk makan malam pula.







No comments:

Post a Comment