Selepas sarapan dan pergi memborong di kedai berhampiran dengan hotel untuk last minute....hanya kepada
sesiapa yang masih ada wishlist item untuk buah tangan. Lepas tu, kami semua check
out dari hotel. Untuk lunch kami makan di gerai tempatan yang berhampiran
dengan airport Bandara Sultan Iskandar Muda.
Menu tempatan la tentunya, baru la feel jadi
warga Aceh hehehehe. Eh mr roommate ni kalau ambik gambo ai suka yg pelik2. Candid
la sgt muka garang aiols. See, nampak tak kenapa ai suka menyelet kat mak
mertua ai….pakcik2 ngan makcik2 ni kalau dah borak, perghhh 2 jam tak abis
lagi. Siapa ngan aksi…..
Alhamdulillah percutian di Aceh bejalan dengan
baik, walaupun kesihatan mertua tidak berapa sihat tetapi anak2 lelaki meraka
sentiasa ada ketika mereka memerlukan.
Semoga mertua aku sentiasa sihat dan semoga
impian kita tercapai untuk menunaikan umrah bersama2 kelak.
Percutian
di Aceh,
Ianya
sungguh menakjubkan dan sekaligus menjentik hati ini…..lihatlah kuasa Allah
yang terpampang di hadapan mu. Lihatlah dengan mata dan hatimu wahai manusia
yang bernama Zuraidah akan kekuasaanKu. SubhanAllah, Dia menjadikan sesuatu dan
memelihara sesuatu dengan kehendakNya. Lawatan ke Banda Aceh benar2
menginsafkan aku, mengingatkan betapa besarnya kuasa Allah. Aqu bersyukur dapat
melawat bersama keluarga, dapat melihat sendiri bagaimana kemusnahan dan bala
yang Allah turunkan.
Ya
Allah tuhan yang mencipta langit dan bumi, Yang Maha Berkuasa dan Maha
pengampun, Kau peliharalah iman kami agar kami mati dalam iman serta mati
didalam keadaan yg terpelihara.
No comments:
Post a Comment