Selesai acara
memenuhkan perut dengan sarapan pagi di hotel kami meneruskan rombongan mak
jemah ke muzium lagi. Ofcos la, dah nama pun ikut persatuan sejarah veteran kan..
mesti la melawat semua muzium. Kali ini ke muzium Aceh, Makam Sultan Iskandar
Muda di tempatkan disini untuk tatapan umum. Dimuzium ini terdapat pelbagai
barang pameran antaranya ini….
Yea, berkepala dua....
Aqu tidak meneruskan lawatan kerana mertua tak larat untuk berjalan. Walaupun
mertua aqu bagi green light suh aqu ikut rombongan melawat muzium namun aku
ambil keputusan untuk lepak2 teman mertua aku kat luar……borak2 kosong, santai2 dan
gelak2. Ni aku, dengan kaler hijo. Walaupun muker aqu ni garang bak raksakser,
tapi aqu belum ada sejarah mencederakan orang. Melukakan hati mana2 lelaki jauh
sekali…cewah. Upsss ai ni bini orang, dosa tau kacau bini orang LOL. Picture Credit
to mr roommate yang ambik gambo ni. Aiols sengaja duduk dekat2 ngan petugas
tiket….bukan takut, sebab mudah nak bertanya klu ada apa2 kemuskhilan ttg
sejarah Aceh hehehe. Bila tengok gambar2 rombongan, baru aqu perasan, klau tak
duduk sebelah mak mertua, mesti belakang pak mertua. Aqu betul2 mendukung
amanah menjaga mertua selama bercuti ni taw cewah….LOL
Yang gagah perkasa
laksana badang ni le mr roommate halalantoiban ai. Amacam bergaya tak hehehe.
Terdapat loceng
besar yang diberi nama Locheng Admiral Cheng Ho. Kenapa?, sebab Cheng Ho la yg
bagi kepada Aceh hehehe. Ni la rupa loceng tu.
Solat Zohor kami
sempurnakan di Masjid Aceh dan kemudian kami terus ke pusat membeli belah. Dimana?.....
Di Aceh tiada
pasaraya seperti eaon big, Giant, tesco, Midvally, Sogo, Megamall atau pun Pavillion
hokey. Ada Pasar Besar Aceh je yang paling besar kat sini. Disini terdapat perbagai barangan seperti
kain baju, tudung, minyak wangi dan barangan bayi. Yea, ini lah pasaraya Aceh
yang paling besar. Warga tempatan tentunya tidak setiap hari menempel di
pasaraya, untuk brang keperluan harian mereka akan ke pasar basah dah juga
terdapat banyak kedai2 yang menjual barang harian yang mana harganya jauh lebih
murah.
Kami lanjutkan
perjalanan ke Muzium Stunami Aceh. Bangunan 3 tingkat ini di bina khas untuk
memperingati sejarah tsunami. Gambar dibawah ini adalah replica yang dibina
untuk menunjukkan bagaimana tingginya ombak tsunami yang melanggar bumi Aceh.
Tentang bagaimana Allah mendatangkan sedikit ombak yang tinggi bagai kepala
ular tedung dan menjamah bumi dengan tiga kali deru arus sahaja. Ketika ini
semua manusia berlari meninggalkan satu sama lain untuk menyelamatkan diri
daripada bala. Sila la berkunjung ke Aceh dah melihat sendiri sejarah Tsunami.
Makan malam
terakhir kami merupakan menu ikan bakar dan seafood…yahoo. Ai mmg seronok bab
makan ni sebab semua berkumpul ramai2. Dengar macam2 celoteh makcik2 ngan
pakcik2 rombongan. Ermmm macam best je kalau ai sendiri buat rombongan cik kiah
kan. Ada yang nak join tak hehehehe.
Penutup lawatan
kami di Aceh berakhir di Pusat Rumah anak-anak yatim. Alhamdulillah, masih ada
insan yang berhati mulia menyelamatkan anak2 yang tidak terbela. Daripada sebab
kematian keluarga kerana Stunami, penceraian ibu bapa, kematian keluarga dan
terbuang. Anak2 kecil yang tidak mempunyai tempat bergantung berada disini dan
belajar agama. Terdapat anak2 yang telah selesai bersekolah agama dipusat ini
pulang semula ke sini untuk menabur bakti dan mendidik anak2 terbuang lain.
Luluh hati ini
melihat keadaan rumah anak2 yatim ini yang serba kekurangan. Melihat redup mata
mereka yang tekun membuat kerja rumah, memasak,mengaji dan menyapu menjadikan
hati ini memanjatkan syukur pada Ilahi kerana aku diberikan rezeki yang lebih.
Aqu berdoa semoga mereka menjadi khalifah Allah yang dapat menabur jasa mereka
kepada rumah anak2 yatim ini kelak. Bertuah sungguh anak2 yatim di Malaysia
yang mempunyao banyak bantuan daripada pelbagai pihak.
Kami berbual2 dengan penjaga rumah anak2 yatim. Pelbagai
soalan diajukan oleh para Jemaah rombongan. Mereka memerlukan bantuan, wang,
makanan, pakaian dan buku2. Pada masa kedatangan kami, anak2 yatim ini melihat
kami tanpa jemu. Melihat seperti ada pelbagai soalan di anak mata bundar
mereka. Walaupun mereka comot dan hanya bertudung senget benget namun aku dapat
merasakan bahawa mereka bersyukur masih punya tempat untuk berteduh.
Ya Allah, tuhan yang Maha Pemurah lagi Maha
Penyayang, Kau berikanlah ketenangan kepada hati2 mereka, Kau kurniakanlah
rezeki dari sumber yang tak terduga, berilah mereka kecukupan didalam
meneruskan hidup mereka sebelum Kau memanggil mereka kepada Mu kembali. Amin.
Hari terakhir kami berada di bumi bertuah Aceh,
kami meloloskan diri ke gerai keraftangan Aceh. Jemaah rombongan memborong
segala yang berkenan. Aku bukan kaki shopping, so tidak la membeli apa pun. Aqu
sekadar meneman mertua dan membawa barang2 yang mertua beli.
No comments:
Post a Comment