Thursday, 16 April 2015

Friendship

Kenduri Kawin
 
My boy with her sepupu sepapat :)
1st n 2nd from right.....new friend that he play whith during the kenduri.

Pendekar


ultraman


pelangi of me


Red itu merah chinta


Green itu ijau.... LOL


Yellow itu kuning

 
 
 

Blue itu biru

  
 

from Kuala Lumpur to batu pahat

in construction phase :)

zabar yea...

Tuesday, 14 April 2015

Dayang dayang senandung

ini mmg kali pertama jadik dayang senandung. Walaupun aiols dayang yang paling tua....ngeh ngeh ngeh. memperkenalkan barisan dayang2.....
 
satu......
Dua.....
 
tada.....aqu bertukar menjadi monopod bergerak korang sob sob sob
 
Dah nama pun majlis akad nikah....tentulah gambar pengantin banyak kan. weols pun tumpang le sekaki.
 
Bersama2 dengan kakak perngantin perempuan

 
 
okokok cukup. Mana pengantin lelaki?? Dah 9:45malam tak sampai lagi. ohmo ni jadik kawin ke tak ni. Pengantin lelaki tak timbul2 lagi, pak imam pun sama tak sampai2 jugak. makeup pengantin pompuan dah nak cair ni.....
 
owhhh please la, dayang 2 senandung nyer perot dah keroncong sgt dah. Aiols ok la jugak sebab tadi dah sebat ayam golek seko kat dapo hehehehe.
 
 
Bila org jemput kami turun bawa pengantin ke bawah....perghhh lega. Ingatkan menjadi sejarah pengantin lelaki lari. Kalau pengantin lelaki tak datang, mau timbut cerita ni kat surat kabo muka depan...LOL
 
Mementara menunggu akad nikah berlangsung, apa lagi....kami sempat je wefie. Korang tau tak pengantin betul2 duduk depan aiols tau. Ai pusing sket je badan n panggil geng bas sekolah join wefie hehehe. See, tengok punya la penat smpai nak senyom pun dah tak larat taw...
LAPAR nyer...!!!!!!!
 

Aceh - 4th day hari terakhir

Selepas sarapan dan pergi memborong di kedai berhampiran dengan hotel untuk last minute....hanya kepada sesiapa yang masih ada wishlist item untuk buah tangan. Lepas tu, kami semua check out dari hotel. Untuk lunch kami makan di gerai tempatan yang berhampiran dengan airport Bandara Sultan Iskandar Muda.
 

Menu tempatan la tentunya, baru la feel jadi warga Aceh hehehehe. Eh mr roommate ni kalau ambik gambo ai suka yg pelik2. Candid la sgt muka garang aiols. See, nampak tak kenapa ai suka menyelet kat mak mertua ai….pakcik2 ngan makcik2 ni kalau dah borak, perghhh 2 jam tak abis lagi. Siapa  ngan aksi…..
 

Alhamdulillah percutian di Aceh bejalan dengan baik, walaupun kesihatan mertua tidak berapa sihat tetapi anak2 lelaki meraka sentiasa ada ketika mereka memerlukan.
 

Semoga mertua aku sentiasa sihat dan semoga impian kita tercapai untuk menunaikan umrah bersama2 kelak.
 
Percutian di Aceh,
Ianya sungguh menakjubkan dan sekaligus menjentik hati ini…..lihatlah kuasa Allah yang terpampang di hadapan mu. Lihatlah dengan mata dan hatimu wahai manusia yang bernama Zuraidah akan kekuasaanKu. SubhanAllah, Dia menjadikan sesuatu dan memelihara sesuatu dengan kehendakNya. Lawatan ke Banda Aceh benar2 menginsafkan aku, mengingatkan betapa besarnya kuasa Allah. Aqu bersyukur dapat melawat bersama keluarga, dapat melihat sendiri bagaimana kemusnahan dan bala yang Allah turunkan.
 
Ya Allah tuhan yang mencipta langit dan bumi, Yang Maha Berkuasa dan Maha pengampun, Kau peliharalah iman kami agar kami mati dalam iman serta mati didalam keadaan yg terpelihara.
 
 


Aceh - 3rd Day

Selesai acara memenuhkan perut dengan sarapan pagi di hotel kami meneruskan rombongan mak jemah ke muzium lagi. Ofcos la, dah nama pun ikut persatuan sejarah veteran kan.. mesti la melawat semua muzium. Kali ini ke muzium Aceh, Makam Sultan Iskandar Muda di tempatkan disini untuk tatapan umum. Dimuzium ini terdapat pelbagai barang pameran antaranya ini….


Yea, berkepala dua....

Aqu tidak meneruskan lawatan kerana mertua tak larat untuk berjalan. Walaupun mertua aqu bagi green light suh aqu ikut rombongan melawat muzium namun aku ambil keputusan untuk lepak2 teman mertua aku kat luar……borak2 kosong, santai2 dan gelak2. Ni aku, dengan kaler hijo. Walaupun muker aqu ni garang bak raksakser, tapi aqu belum ada sejarah mencederakan orang. Melukakan hati mana2 lelaki jauh sekali…cewah. Upsss ai ni bini orang, dosa tau kacau bini orang LOL. Picture Credit to mr roommate yang ambik gambo ni. Aiols sengaja duduk dekat2 ngan petugas tiket….bukan takut, sebab mudah nak bertanya klu ada apa2 kemuskhilan ttg sejarah Aceh hehehe. Bila tengok gambar2 rombongan, baru aqu perasan, klau tak duduk sebelah mak mertua, mesti belakang pak mertua. Aqu betul2 mendukung amanah menjaga mertua selama bercuti ni taw cewah….LOL


Yang gagah perkasa laksana badang ni le mr roommate halalantoiban ai. Amacam bergaya tak hehehe.


Terdapat loceng besar yang diberi nama Locheng Admiral Cheng Ho. Kenapa?, sebab Cheng Ho la yg bagi kepada Aceh hehehe. Ni la rupa loceng tu.
Solat Zohor kami sempurnakan di Masjid Aceh dan kemudian kami terus ke pusat membeli belah. Dimana?.....
Di Aceh tiada pasaraya seperti eaon big, Giant, tesco, Midvally, Sogo, Megamall atau pun Pavillion hokey. Ada Pasar Besar Aceh je yang paling besar kat sini. Disini terdapat perbagai barangan seperti kain baju, tudung, minyak wangi dan barangan bayi. Yea, ini lah pasaraya Aceh yang paling besar. Warga tempatan tentunya tidak setiap hari menempel di pasaraya, untuk brang keperluan harian mereka akan ke pasar basah dah juga terdapat banyak kedai2 yang menjual barang harian yang mana harganya jauh lebih murah.


Kami lanjutkan perjalanan ke Muzium Stunami Aceh. Bangunan 3 tingkat ini di bina khas untuk memperingati sejarah tsunami. Gambar dibawah ini adalah replica yang dibina untuk menunjukkan bagaimana tingginya ombak tsunami yang melanggar bumi Aceh. Tentang bagaimana Allah mendatangkan sedikit ombak yang tinggi bagai kepala ular tedung dan menjamah bumi dengan tiga kali deru arus sahaja. Ketika ini semua manusia berlari meninggalkan satu sama lain untuk menyelamatkan diri daripada bala. Sila la berkunjung ke Aceh dah melihat sendiri sejarah Tsunami.



Makan malam terakhir kami merupakan menu ikan bakar dan seafood…yahoo. Ai mmg seronok bab makan ni sebab semua berkumpul ramai2. Dengar macam2 celoteh makcik2 ngan pakcik2 rombongan. Ermmm macam best je kalau ai sendiri buat rombongan cik kiah kan. Ada yang nak join tak hehehehe.


Penutup lawatan kami di Aceh berakhir di Pusat Rumah anak-anak yatim. Alhamdulillah, masih ada insan yang berhati mulia menyelamatkan anak2 yang tidak terbela. Daripada sebab kematian keluarga kerana Stunami, penceraian ibu bapa, kematian keluarga dan terbuang. Anak2 kecil yang tidak mempunyai tempat bergantung berada disini dan belajar agama. Terdapat anak2 yang telah selesai bersekolah agama dipusat ini pulang semula ke sini untuk menabur bakti dan mendidik anak2 terbuang lain.
 
Luluh hati ini melihat keadaan rumah anak2 yatim ini yang serba kekurangan. Melihat redup mata mereka yang tekun membuat kerja rumah, memasak,mengaji dan menyapu menjadikan hati ini memanjatkan syukur pada Ilahi kerana aku diberikan rezeki yang lebih. Aqu berdoa semoga mereka menjadi khalifah Allah yang dapat menabur jasa mereka kepada rumah anak2 yatim ini kelak. Bertuah sungguh anak2 yatim di Malaysia yang mempunyao banyak bantuan daripada pelbagai pihak.
Kami berbual2 dengan penjaga rumah anak2 yatim. Pelbagai soalan diajukan oleh para Jemaah rombongan. Mereka memerlukan bantuan, wang, makanan, pakaian dan buku2. Pada masa kedatangan kami, anak2 yatim ini melihat kami tanpa jemu. Melihat seperti ada pelbagai soalan di anak mata bundar mereka. Walaupun mereka comot dan hanya bertudung senget benget namun aku dapat merasakan bahawa mereka bersyukur masih punya tempat untuk berteduh.

Ya Allah, tuhan yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, Kau berikanlah ketenangan kepada hati2 mereka, Kau kurniakanlah rezeki dari sumber yang tak terduga, berilah mereka kecukupan didalam meneruskan hidup mereka sebelum Kau memanggil mereka kepada Mu kembali. Amin.
Hari terakhir kami berada di bumi bertuah Aceh, kami meloloskan diri ke gerai keraftangan Aceh. Jemaah rombongan memborong segala yang berkenan. Aku bukan kaki shopping, so tidak la membeli apa pun. Aqu sekadar meneman mertua dan membawa barang2 yang mertua beli.

Aceh - 2nd day


Sebelum memulakan perjalanan tentulah kena isi perut dulu kan. Last meal ambik malam tadi jam 8:00 malam. Mana boleh biarkan perut kosong lama2, kalau kena gastric nanti macam mana….hehehe.

Tempat pertama perjalan pada hari kedua kami bermula di Kapal Generator PL TDPUNG yg tersadai 5km di darat. Kerajaan Aceh mengambil alih tempat ini dan dijadikan tumpuan pelancong. Monumen seperti ombak sebenar yang kelihatan seperti kepala Ular tedung besar dan tinggi dibina untuk pelancong melihat sendiri bagai mana keadaan ketika Tsunami melanda kampung ini. Di ceritakan oleh petugas yang juga mangsa hidup ketika kejadian tersebut, ombak yang datang berwarna hitam pekat kerana bercampur dengan sulphur dan sisa2 bahan dari letupan akibat gempa bumi dari dasar laut. Segala isi bumi yang terdapat dilaut dimuntahkan semula kedarat dan kemuan segala yang berada darat diheret dan digulung menjadi ombak besar, tinggi dan laju membadai Aceh. Mangsa korban di kampung2 ini di pahat di monument batu ini. Diantaranya Dusun Tuan Dipakeh telah meragut 212 nyawa dan Di Dusun Tuan Dikandang sebanyak 350 nyawa terkorban. Menurutnya lagi nama2 mangsa berkemungkinan ada yang tertinggal. Kapal generator ini sangat besar dan saya sendiri terkesima apabila melihat kapal sebesar ini tersadai sejauh 5km daripada laut. Setelah bertahun berlalu, tempat in telah di baik pulih dan dicantikkan untuk menirima pelawat.




Masjid Baiturrahim adalah salah satu masjid bersejarah di Banda Aceh, Indonesia. Masjid yang berlokasi di Ulee Lheue ini juga sempat kami lawati. Para rombongan berehat seketika dan memberikan masa kepada para rombongan untuk solat Dhuha. Selesai solat sunat Dhuha dan mengabadikan gambar para rombongan meneruskan perjalanan.
Huh aloh, cari gambar tak jumpa pulak dlm hp sedih. Kornag google je sure malambak2 picture keluar utk korang lihat hehehe.

Di Aceh terdapat seorang lagenda pahlawan terbilang. Bukan calang2 pahlawan ye kerana ini adalah pahlawan wanita yang dikenali sebagai Tjut Nyak Dien Serikandi. Cerita beliau telah diabadikan di mesueum Tjut Nyak Dien Serikandi. Beliau berjasa besar apabila berjaya melawan Belanda. Rumahnya telah dibaik pulih dan dijadikan muzium.

Ni aqu posing ala2 srikandi jugak berlatarbelakangkan museum Tjut Nyak Dien Serikandi. Dua kali tgk macam Ultraman la pulak….adeh

Keluar pagar daripada muzium ni sebelah kiri terdapat deretan kedai menjual pelbagai makanan tempatan. Apa lagi....shopping la. Puas mintak kurang harga maklumla tawar menawarkan dah memang cultrure kita hehehe






Tengok, nampak tak ai yang mana satu yang kaler oren tu….yea yang kaler oren terang benderang tu le LOL. Ni pun salah satu tip bagaimana untuk mengelakkan diri daripada ditinggalkan oleh Jemaah rombongan…..iaitu pakailah pakaian dengan warna terang.

 
Sebelum pulang ke hotel, kami semua melawat Masjid Kubah Terapun atau Kubah Mesjid Stunami. Semasa terjadi tsunami, kubah ni tertanggal dari masjid utamanya dah dibawa oleh arus tsunami sehingga kesini. Kubah ini tidak terapung sendirian, ia menyelamatkan beberapa nyawa yang berpaut padanya. Sebahagian tapak sawah ini telah dibersihkan untuk membolehkan para pelawat mendekati kubah masjid ini. Di sini juga kerajaan Aceh menempatkan warga tempatan yang berkerja untuk memberikan penerangan mengenai kubah masjid ini.

Dari sini, kami terus menuju ke hotel utk rehat seketika dan bersedia utk makan malam pula.







Sunday, 5 April 2015

Melaka short trip

jom g Melakau eh Melaka la hehehe. Apa yang adat melaka? ntah, malas nak merayap sebab hari ni memang superb panas n berbahang taw. Kalau tak kuat iman, mmg ai dah suruh mr roomate ai balik je hehehehe.
 
Sib baik ai penyabo hehehehe. Perjalanan dimulakan dengan sarapan lewat kat Melaka.... betul2 depan gate tiket Melaka cruise. Pekena teh tarik mmg la seddddap.
 
Ngam2 habis makan, petugas memanggil kami untuk memenuhkan bot. Perjalanan bot lebih kurang 30 minit pergi dah balik. Deretan belakang2 kedai telah dibaik pulih, ada mural, ada lampu dan ianya mmg cantik.
Inilah pemandangan daripada dalam bot.
owh lupa nak cerita bila uols beli tiket cruise ni, mereka bagi goodies bag tau. dalam beg tu ada air kotak ngan biskot. Ni....air kotak Free tu
 
 
Before solat Zohor we manage to take photo here.....
 
Alhamdulillah, walaupun cuaca sungguh panas terik, kami selesai menunaikan solat Zohor di Masjid Kampung Hulu.
 
 
 


Kalau pegi melaka mesti la kena pergi Banda Hilir dan naik beca pusing2.
 
Nampak apa2 jugak raksakse mmg la anak bujang ai suka. Feeling ala2 ultraman je, nak musnahkan raksaksa. sampai ai penat jadik raksaksa jadian. Setiap kali main mesti ai je yg dapat watak raksaksa. Dia ngan ayah dia jadik ultraman. oooit 2 lawan satu mmg la kalah sob sob
 
we end our short vacation with dinner.....ofcos la asam pedas melaka. Asam pedas pokok besar.....sila la cari kedai asam pedas lain ye kalau korang nak mkn asam pedas kat Melaka. Makanan mahal tapi tak sedap....mmg la aiols tak rekemen sob sob sedih sebab kempunan asam pedas yg sedap.