Tuesday, 8 June 2004

Jangan kau menderebakan aku lagi.... :(

Cuti yang lalu aku telah menjadi dereba Hoda ngan Alip Ba Ta ke kuantan. Telah puas aku menolak paksaan rakos Huda namun aku tewas jua akhir nyer . Seperti yang dijanjikan Hoda ngan Ita sampai ke rumah aku pukol 9.30am bersamaan hari Sabtu 05.06.2004. Oleh kerana aku seorang yang kurang rajin so aku tak masak apa2 untuk mereka.

Perjalanan ke Kuantan bermula sharp pukol 10.00am selepas acara membelasah buah mangga beramai-ramai secara rakos nyer oleh mereka berdua. Aku sunggoh heren melihatkan jujutan kenderaan yang berasak-asak keluar dari bandar kuala lumpur. Mengapa mereka tak reti-reti duduk kat rumah dan bagi jalan raya kosong sekejap? Soalan yang tak sempat aku keudarakan itu terjawap juga bila radio era buat statement yang "....buat kawan2 yg bercuti panjang". kwang kwang kwang, maklom ler aku nie dah lamer tak bersekolah . Walaupon perjalanan menuju ke Kuantan tidak selancar yang aku harapkan namun kami tiba dengan selamat jua.

Sampai ke kuantan kami terus menuju ke rumah Wan yang memegang kad pengenalan 730826-02-8974 dengan nama penoh nyer Wan Nor Azima Wan Ali di Bukit Goh . Sampai kat rumah wan kami sekali lagi makan tengahari yang bukan dimasak oleh wan tetapi ibu nyer yang best tahap giler babas. Walau pon telah kenyang tahap undiscribeable sebab dah makan kat maran namon kami makan jugak. Kalau wan yang masak aku kena pikir dulu nak makan ker atau nak puasa sekerat hari

Sebelah malam kami makan kat luar dengan pasangan RJ ha…jangan tak caya!

Yang lain masih terbongkang lena diulik mimpi aku dah pon bangon. Siap ala kadar dan teros cuci “besi burok” yang teramat la kotornyer. Siap cuci kita orang bersarapan yang dimasak uleh ibu wan yang sepoting. Makan aper? Tentu la makan nasik lemak sambal ikan bilis. Ada ikan bilis yang digoreng garing, ada timun dan ader telor mata kerebau. Lepas kenyang, kami bersiap untuk pegi jalan2 ke cherating pulak.

Sampai kat cherating kami sakan bergambar girang mengalahkan kanak-kanak ribena. Bergambar dan bergumbira dan tak mengendahkan orang sekeliling gitu. Kat sini, bersama Hoda aku belajar satu pose baru….berdiri gagah, tegoh dan angkoh sambil mengembangkan hidung heheee. Hoda kau memang hebat.
dali kili : Hoda dgn gaya berdiri tegak kukuh dan angkoh :)
Dali kili : wan, Hoda, nad and Ita
Hoda, knp kau hanya memelok mereka tetapi tidak aku ha?
the blue giant
matahari segan nak muncul bila melihat kami b'posing dipagi buta
 

 

No comments:

Post a Comment