Wednesday, 9 June 2004

Aku dan bakal pengantin baru

Part nie yang paling best sekali. Hoda mengSMS wawi untuk gi makan malam sesamer. Selesai acara tawar menawar kata sepakat dicapai dan akan berjumpa di Nelayan restoran. Wawi mengkhabarkan yang dier akan bawak “geng RJ”. Kunun nak surprisekan kami la tu tapi dier ngan “geng RJ” dier yang TERsuprise huhuuu. Sorang-sorang muker terpisat2 malu-malu... ala ala pengantin baru gitu bila aku ngan wan muncul. Aku kah yang terperasan seorang sahaja atau mereka pon jua? Ermmmm….di ulang sekali lagi malu2 pengantin gitu. Baca baik-baik aku tak ulang tulis lagi tau….malu2 pengantin gitu. Manis dan berseri seri macam kuih lapis.

Hujan yang merintik bagai memberi ‘hint’ kepada kami yang trang tang tang ini untuk melepaskan mereka lebih awal agar mereka boleh “berhujung minggu” bersama. Namun kami nie maner ler paham hint –hint yang berbaur makna yang tersembunyi lagi mendalam begitu. Akhirnya kami lepaskan juga mereka pulang setelah hujan hampir reda. Kami? Kiter orang teruskan perjuangan ke medan meja makan Tanjong Lumpor mencari ikan bakar dan lala, yum yum. Maka bermula la episod memambahkan berat badan sendiri…dan kenyang la kami berempat sehingga tak larat membawa badan lagi.

Dari medan meja makan Tanjong Lumpor kami beredar menuju ke Telok Cempedak dan menempatkan diri dicelah2 anak muda yang mempeleserkan diri di malam minggu. Sesekali turun Kuantan mesti pergi ke sini waktu malam untuk melihat2 pasangan yang bercengkerama dan beraksi di tepi2 pantai. Perhentian tidak lama kerana hujan terus menggila. Sebenarnya dan lewat malam itu pasal kena balik rumah heheee.
cuber teka siapa kami?
 
tara....magik tak?
Ita, Hoda, Wan... yang dua lagi itu mcm kenal tapi saper yek :)
bermula dari email, nlp, dan berakhir jinjang pelamin mungkin?

 

No comments:

Post a Comment