Sunday, 6 June 2004

kenduri kawin di kuantan

Aku ngan Wan dengan tak malu nyer menghadirkan diri ke majlis persandingan/reseption budak Crest. Atau lebih tepat lagi kawan opis Ita ngan Hoda la nie. Rumah pengantin kat Permatang badak. Kecekapan aku membawa taksi dan dari bantuan tour guide expert dari wan memudahkan kami mencari rumah pengantin.

Tanpa segan silu kami masuk ke rumah pengantin setelah dipelawa oleh tuan rumah. Tempat pertama yg kami tuju pasti la bilik tido. Bukan nak tido tapi nak posing la. Ha, ambik kau... orang lain yang kawin orang lain yang sakan berposing bagai nak rak. Walaupon bilik pengantin simple tapi tetap meriah dengan pilihan warna merah hati yang gemilang tuuu. Ala-ala mekar cinta mereka la konon nyer kwang kwang kwang. Lepas sorang, sorang ambik turn berposing mengalahkan pengantin. Mujur ler katil tak roboh dan menyembah ke bumi. Actualy saja je nak kasik katil tu goyang2 sikit esok pagi baru syokkk kalau bagun pagi katil roboh....trick mengenakan pengantin nie.

Lepas sakan bergambar barulah kami turun gi dewan makan. Ingatkan hidangan yg dihidangkan untuk dijamu bersama2 ruper-rupernya kami telah dianak tirikan oleh tetamu yg hadir. Aku dengan rakos nyer mengepalai angkatan pergi ambik lauk sendiri ala-ala buat rumah sendiri gitu..... Kemudian aku dibontoti oleh Hoda dan Wan untuk memperabihkan lauk pengantin. Arakian nyer kami adalah tetamu barisan terakhir so kami pon belasah jer la lauk yang tinggal saki baki. Saper suruh datang waktu orang nak basoh pinggan....so, sendiri mau ingat ha!

Selesai membelasah makanan sehingga errrkkk dan bersalam-salam dengan tuan rumah kami pun melancarkan adegan berposing secara pukal atau dengan kata lain nyer beramai-ramai dengan pengantin baru. Sakan bergambar sehingga brooch kesayangan aku hilang Aku nak buat tuntutan ganti rugi kat sapa ha?

Lalu... sekali pun pulang dengan gembira tetapi hati tetap sedih kerana kehilangan brooch tersebut.
bersama2 pengantin baru
pengantin yg tak sabar2 untuk masuk ke bilik dan berehat :)

No comments:

Post a Comment