Wednesday, 9 June 2004

Aku dan bakal pengantin baru

Part nie yang paling best sekali. Hoda mengSMS wawi untuk gi makan malam sesamer. Selesai acara tawar menawar kata sepakat dicapai dan akan berjumpa di Nelayan restoran. Wawi mengkhabarkan yang dier akan bawak “geng RJ”. Kunun nak surprisekan kami la tu tapi dier ngan “geng RJ” dier yang TERsuprise huhuuu. Sorang-sorang muker terpisat2 malu-malu... ala ala pengantin baru gitu bila aku ngan wan muncul. Aku kah yang terperasan seorang sahaja atau mereka pon jua? Ermmmm….di ulang sekali lagi malu2 pengantin gitu. Baca baik-baik aku tak ulang tulis lagi tau….malu2 pengantin gitu. Manis dan berseri seri macam kuih lapis.

Hujan yang merintik bagai memberi ‘hint’ kepada kami yang trang tang tang ini untuk melepaskan mereka lebih awal agar mereka boleh “berhujung minggu” bersama. Namun kami nie maner ler paham hint –hint yang berbaur makna yang tersembunyi lagi mendalam begitu. Akhirnya kami lepaskan juga mereka pulang setelah hujan hampir reda. Kami? Kiter orang teruskan perjuangan ke medan meja makan Tanjong Lumpor mencari ikan bakar dan lala, yum yum. Maka bermula la episod memambahkan berat badan sendiri…dan kenyang la kami berempat sehingga tak larat membawa badan lagi.

Dari medan meja makan Tanjong Lumpor kami beredar menuju ke Telok Cempedak dan menempatkan diri dicelah2 anak muda yang mempeleserkan diri di malam minggu. Sesekali turun Kuantan mesti pergi ke sini waktu malam untuk melihat2 pasangan yang bercengkerama dan beraksi di tepi2 pantai. Perhentian tidak lama kerana hujan terus menggila. Sebenarnya dan lewat malam itu pasal kena balik rumah heheee.
cuber teka siapa kami?
 
tara....magik tak?
Ita, Hoda, Wan... yang dua lagi itu mcm kenal tapi saper yek :)
bermula dari email, nlp, dan berakhir jinjang pelamin mungkin?

 

Tuesday, 8 June 2004

Jangan kau menderebakan aku lagi.... :(

Cuti yang lalu aku telah menjadi dereba Hoda ngan Alip Ba Ta ke kuantan. Telah puas aku menolak paksaan rakos Huda namun aku tewas jua akhir nyer . Seperti yang dijanjikan Hoda ngan Ita sampai ke rumah aku pukol 9.30am bersamaan hari Sabtu 05.06.2004. Oleh kerana aku seorang yang kurang rajin so aku tak masak apa2 untuk mereka.

Perjalanan ke Kuantan bermula sharp pukol 10.00am selepas acara membelasah buah mangga beramai-ramai secara rakos nyer oleh mereka berdua. Aku sunggoh heren melihatkan jujutan kenderaan yang berasak-asak keluar dari bandar kuala lumpur. Mengapa mereka tak reti-reti duduk kat rumah dan bagi jalan raya kosong sekejap? Soalan yang tak sempat aku keudarakan itu terjawap juga bila radio era buat statement yang "....buat kawan2 yg bercuti panjang". kwang kwang kwang, maklom ler aku nie dah lamer tak bersekolah . Walaupon perjalanan menuju ke Kuantan tidak selancar yang aku harapkan namun kami tiba dengan selamat jua.

Sampai ke kuantan kami terus menuju ke rumah Wan yang memegang kad pengenalan 730826-02-8974 dengan nama penoh nyer Wan Nor Azima Wan Ali di Bukit Goh . Sampai kat rumah wan kami sekali lagi makan tengahari yang bukan dimasak oleh wan tetapi ibu nyer yang best tahap giler babas. Walau pon telah kenyang tahap undiscribeable sebab dah makan kat maran namon kami makan jugak. Kalau wan yang masak aku kena pikir dulu nak makan ker atau nak puasa sekerat hari

Sebelah malam kami makan kat luar dengan pasangan RJ ha…jangan tak caya!

Yang lain masih terbongkang lena diulik mimpi aku dah pon bangon. Siap ala kadar dan teros cuci “besi burok” yang teramat la kotornyer. Siap cuci kita orang bersarapan yang dimasak uleh ibu wan yang sepoting. Makan aper? Tentu la makan nasik lemak sambal ikan bilis. Ada ikan bilis yang digoreng garing, ada timun dan ader telor mata kerebau. Lepas kenyang, kami bersiap untuk pegi jalan2 ke cherating pulak.

Sampai kat cherating kami sakan bergambar girang mengalahkan kanak-kanak ribena. Bergambar dan bergumbira dan tak mengendahkan orang sekeliling gitu. Kat sini, bersama Hoda aku belajar satu pose baru….berdiri gagah, tegoh dan angkoh sambil mengembangkan hidung heheee. Hoda kau memang hebat.
dali kili : Hoda dgn gaya berdiri tegak kukuh dan angkoh :)
Dali kili : wan, Hoda, nad and Ita
Hoda, knp kau hanya memelok mereka tetapi tidak aku ha?
the blue giant
matahari segan nak muncul bila melihat kami b'posing dipagi buta
 

 

Monday, 7 June 2004

Bercanda ditepian pantai

Pantai Cherating…
Seko seko buat muker ralat bila dah sampai kat cherating biler tengok orang mandi manda. Mak tuan pantai dier best nyer raser macam nak tumpang mandi sekaki jer kan hoda, wan ngan ita. Lagi pon korang semuer tak mandi pagi lagi kan, kan, kan heheeee. Tengok orang jual layang2 macam2 kaler kat tepi2 pantai siap ader ekor pusing2 lagi wa cakap. Aktibiti berposing diteroskan lagi tanpa segan. Macam2 aksi ganas ditonjolkan oleh mereka bertiger.

Bulan lapan nanti kami akan datang lagi ke Kuantan untuk menghadiri jamuan kenduri kawen InsyaAllah. Ha!!! Kenduri kawen? Naper tak cayer. Kawen la yang orang selalu bagi kad walimatulurus tuuu. Tapi yang ni nikah sudah, yang detail aku tak tau tolong jgn tanyer aku wokey. Yang belom pada mata umum la….tinggal nak panggil orang kampong datang makan jer. Agak2 nyer berapa ekor ayam dan lembu terkorban nanti… ha cuber teka.

Siap bergambar kami pegi cuci kaki yang penoh dengan pasir2 yang melekat. Beraksi ganas sebentar tadi membuatkan kami kembali lapar. Melapah keropok lekor dan pisang goreng besama sama bukan suatu yang indah untuk divideokan kerana setiap kali lapar ada diantara kami yang akan tersembur sembur sewaktu mengunyah makanan. Maka nasib baik la handy cam aku telah lama aku bungcos untuk mengelakkan dari dipercik oleh air liur dan pisang goreng yang berterbangan dari celahan gusi2 mereka heheee. Heran sunggoh aku, nak kata gongak tak bergigi tak jugak tapi macam mana makanan tu buleh terlepas dan bersembur begitu ruper.

 
aksi pertama yg dirakam oleh jurukamera yg kami tak kenal.
versi 180 darjah
sabar menanti ketibaan rakan seperjuangan yg lain
Perhimpunan agong kasut2 SeDUNIA peringkat kebangsaan
Kuat nyer ko kentot Ita
senak perot aku weiiii
Berdiri diatas tunggul utk mendaptkan pose yg sama tinggi gitu
pasangan bawang merah yg sentiasa membuli nad
nad berjaya menumbangkan dua lawannyer serentak dgn satu hayunan


pic kedua dan terakhir dari "stranger" kuantan
 
 
 


 

Sunday, 6 June 2004

kenduri kawin di kuantan

Aku ngan Wan dengan tak malu nyer menghadirkan diri ke majlis persandingan/reseption budak Crest. Atau lebih tepat lagi kawan opis Ita ngan Hoda la nie. Rumah pengantin kat Permatang badak. Kecekapan aku membawa taksi dan dari bantuan tour guide expert dari wan memudahkan kami mencari rumah pengantin.

Tanpa segan silu kami masuk ke rumah pengantin setelah dipelawa oleh tuan rumah. Tempat pertama yg kami tuju pasti la bilik tido. Bukan nak tido tapi nak posing la. Ha, ambik kau... orang lain yang kawin orang lain yang sakan berposing bagai nak rak. Walaupon bilik pengantin simple tapi tetap meriah dengan pilihan warna merah hati yang gemilang tuuu. Ala-ala mekar cinta mereka la konon nyer kwang kwang kwang. Lepas sorang, sorang ambik turn berposing mengalahkan pengantin. Mujur ler katil tak roboh dan menyembah ke bumi. Actualy saja je nak kasik katil tu goyang2 sikit esok pagi baru syokkk kalau bagun pagi katil roboh....trick mengenakan pengantin nie.

Lepas sakan bergambar barulah kami turun gi dewan makan. Ingatkan hidangan yg dihidangkan untuk dijamu bersama2 ruper-rupernya kami telah dianak tirikan oleh tetamu yg hadir. Aku dengan rakos nyer mengepalai angkatan pergi ambik lauk sendiri ala-ala buat rumah sendiri gitu..... Kemudian aku dibontoti oleh Hoda dan Wan untuk memperabihkan lauk pengantin. Arakian nyer kami adalah tetamu barisan terakhir so kami pon belasah jer la lauk yang tinggal saki baki. Saper suruh datang waktu orang nak basoh pinggan....so, sendiri mau ingat ha!

Selesai membelasah makanan sehingga errrkkk dan bersalam-salam dengan tuan rumah kami pun melancarkan adegan berposing secara pukal atau dengan kata lain nyer beramai-ramai dengan pengantin baru. Sakan bergambar sehingga brooch kesayangan aku hilang Aku nak buat tuntutan ganti rugi kat sapa ha?

Lalu... sekali pun pulang dengan gembira tetapi hati tetap sedih kerana kehilangan brooch tersebut.
bersama2 pengantin baru
pengantin yg tak sabar2 untuk masuk ke bilik dan berehat :)