Dalam hidup ada pertemuan
Dalam pertemuan ada perpisahan
Dalam
perpisahan ada kenangan
Dalam kenangan ada semuanya.....
Dalam rasa
ada gembira
Dalam gembira ada bahagia
Dalam bahagia ada hati
Dalam
hati ada cinta...
Sejak semalam hati telah kembang berbunga. Tak sabar
menanti menjelmanya hari baru. Sejak semalam juga rumah telah aku hias dengan
bunga ros segar. Ruang tamu 26 kuntum, meja makan ada dua vase satu 3 kuntum dan
satu lagi 5 kuntum. Di kebinet dapur pun aku penuhi dengan bunga ros. Tiga
kuntum dalam vase dan satu mangkuk penuh dengan kelopak bunga ros yang terapung
pelbagai warna diatas air. Dan di atas peti ais aku letakkan batang-batang bunga
ros berdaun tanpa bunga.
Hajat hati nak nyalakan lilin dalam mangkuk
yang ada kelopak bunga ros dan semua lilin yang ada diatas meja makan tetapi aku
batalkan sahaja kerana Nini ada. Semalam dia tidur di rumah dan sepanjang malam
jugaklah adik aku mengurungkan diri dalam bilik. Ntah dia belajar atau menonton
tv dalam bilik aku pun tak pasti. Tetapi yang pasti aku dengan Nini berborak
kosong sambil berbaring menonton tv di ruang tamu.
Dalam Xuijee ada Wa
Dalam Wa ada Nad
Dalam Nad ada aku
Dalam aku ada Srikandi
No comments:
Post a Comment