Mertua ajak ikut gi rombongan kelab Sejarah ke Aceh. Aiols tanpa fikir panjang terus je ok hehehe. Menjadi pembantu kepada ibu mertua sepanjang percutian disana adalah satu penghormtan pada aiols sebagai menantu. Kedua2 metua aiols dah tak berapa sihat, maka bila berjalan perlu dipapah. Alhamdulillah, berguna jugak bila ada badan yang besar mcm aiols ni tau. Boleh jugak jadi bodyguard kat mertua hehehehe.
Dah namanya kelab sejarah para guru pencen, tentulah ahlinya dah berumur kan. Jangan nak kagum sangat la....yang muda2 tu bukan nyer ahli kelab sejarah hokey hukakaka. Perjalanan udara dari KLIA ke Aceh Alhamdulillah dipermudahkan.
Aceh – Hari pertama
Aiols sedut napas pelan2 jap ambik aura Bandar Aceh. Tuu kat tepi ai menggunung beg2 rombongan yg perlu di sumbat ke dalam van untuk dihantar ke hotel.
Makan tengah hari kami di kedai tempatan yang menyediakan
lauk pauk Aceh. Menu kami hari ini semuanya ikan dan beberapa sayur. Masakan
Aceh tidak jauh bezanya dengan masakan
Malaysia, contohnya disini juga ada kari ikan cuma ianya tidaklah seperti kari
ikan Malaysia yang kaya dengan rempah ratus. Cukup sekadar terasa ka
ri dan
santan sahaja. Kelainan masakan Aceh masih boleh aqu terima.
Tengok, penuh meja ngan lauk pauk kan. Setiap pinggan kecil
tu ada dua/4 potong lauk. Bergantung kepada berapa besar ikan tersebut.
Perjalan Kelab Sejarah diteruskan lagi, kali ini kami
melawat bekas bencana alam di Lampuo. Di sini terdapat sebuah kapal ikan yang
tersadai dia atas rumah sewaktu bencana Tsunami berlaku. Selepas kejadian
tersebut rumah tersebut diambil oleh kerajaan dan dijadikan tempat pelancungan.
Mendengarkan kisah sebenar daripada mangsa terlibat yang menjadi juru cakap
sangat menghibakan. Hati ini terus ditangkap rasa hiba dan kerdil dengan kuasa
Allah. Dan sesungguhnya Dia yang mengatur segalanya. Air mata tidak dapat aqu
bendung saat petugas itu menceritakan hal yang dia alami sejak detik mula gempa
bumi sehingga tsunami berlaku dan air tsunami surut.
Kami pulang ke hotel seketika
untuk berehat. Walaupun baru setengah hari perjalanan namum hati yang sugul dan
hiba menjadikan aqu letih. Fikiran aqu merewang, cuba mendalami perasaan, duka
lara dan ketabahan penduduk Aceh untuk bangkit semula daripada bencana.
Kami bersiap awal untuk sama2
berjemaah solat Maghrib di Masjid Raya Baitulrahman. Alhamdulillah, sekeliling
masjid ini ramai rakyat tempatan yang berjualan. Di halaman masjid pula ramai
yang beristirehat dan bersantai bersama2 keluarga. Aqu suka permandangan
sebegini. Suka melihat masjid yang penuh dengan lautan manusia saat azan bergema.
Berduyun2 manusia memenuhi ruang solat bersama2. Berlainan warna kulit,
berlainan
Selepas Solat jemaah kami mengisi perut sebelum tido. Aqu suka sekali dengan makanannya. Ada pelbagai. Untungnya ramai makcik2 ngan pakcik2 yang alah pada sea fud, apa lagi mmg rejeki aqu lah ngehngehngeh. Best nyer bila lauk pauk yg jauh2 tu pun mereka hulur kan pada aqu suh habiskan. yesss the bestttt :) Maka bertambahlah lemak kroni dalam lipatan baju..... adeh.
No comments:
Post a Comment