Bila dengar bunyi pintu aku sure sangat yang adik aku dah bangun. Hehehee aku tetiba sennyum sendiri. Confident gilak yang dia akan sergah aku kat dapur dan buat lawak sekali bila aku terkejut (macam biasa la konon2 nyer). Sangkaan aku seleset tahap tergolek-golek sebab dia masuk bilik semula dan tengok tv dalam bilik plak . Perghhh bagai jarum rasanyer mencucuk-cucuk tangkai jantung nih. Mood nak masak breakfast kegemaran dia pun luruh bersama tangkai jantung hati aku. Masuk pagi nih dah 1 ½ hari dia ignore kat aku. Aku layan cartoon kegemaran aku kat ruang tamu sambil-sambil berharap dia akan tegur aku dan minta maaf. Benci nyer….. dah pukol sembilan pagi tapi dia tak keluar-keluar dari bilik lagi, Dari dapur terdengar announcement pasal bengkel DJ di 104.9 hari nih jam 10.00 pagi 1.00pm.
Aku nih breakfast pon tak buat lagi. Ala-ala mogok gitu. Padan ngan muka adik aku. Heheee lebih tepat sekali padan muka aku ngan adik aku….tak dapat breakfast. Tengah-tengah layan cartoon favorite pun aku masih lagi sempat berangan kalau-kalau aku jadik DJ kelak. Kalau dapat buat part time pon ok jugak. Tak der la manjang mengadap muka adik aku jer. Dan paling best rutin hidup aku dipenuhi ngan aktiviti kerja. “Warghhh best nyer kalau dapat masuk konti” itu la perkataan pertama yang terlintas kat benak aku heheee. Tak baik…. asal tengok tv sambil berbaring jer sure tertido semula heheeee. Tau-tau dah pukul 11.00. Ha ambik ko…. Mandi pagi pun belum lagi. Batang hedong adik sendirik pon tak nampak bayang dari tadi. Aku bergegas ke dapur keluarkan sotong, sayur dan masak nasi untuk lunch. Dah malas nak pikir masak aper, aku belasah masak sotong kicap ngan lada hitam, Sayur kacang botol goreng dan ayam goreng jer. Siap masak terus mandi dan bersiap nak gi bengkel DJ tu. Kat dalam kereta sakan mencari jalan untuk ke sana. Hehehe aku memang tak hebat bab-bab peta topo KL nih. Yang aku hebat dan siap set kat kepala aku cuma peta topo nak gi opis aku, bank, dan of course shopping complex la.
Sampai kat red104.9 punya opis….mak oiiii ramai nyer manusia!. Heheee raser nak jer aku ambik gambar seko-seko masuk fotopages aku. Dari yang handsome, vouge, cung tahap kari cap babas, tinggi, ketot, sexy, budak sekolah (ipt) dan dari station lain pun ader datang untuk sesi uji b
more new friend. Bintu, Izan, Lin, Zahir & Razlan |
Aku nyer nombor 100+++ heheee saper suruh aku datang lewat sangat. Lewat siot….. tahap kalau gi kenduri kawin sure orang dah basuh pinggan mangkuk. Kepanasan dek kerana tak ader aircond tak menghalang kami-kami yang peramah nih untuk mencari kawan baru. Aku berkenalan ngan Izan, Lin, Zahir, Razlan, Bintu, Shah, Mar, Lis, Omar dan ramai lagi. Cair seko-seko menunggu giliran. Tangan aku gatal jer nak rakam gambo setiap orang yang keluar dari bilik interview tuh. Sib baik bleh kontrol lagi kalau tak sure Fotopages aku kena gam heheee. Serius……yang muka girang gemilang ader yang muka tak sudah pon ader hahaa terbayang plak iklan American Idol kat tv. Lagi best rata-rata yang datang interview hari tuh tak tahu pasal siapa DJ yang bertugas kat sana. Siap bleh tanya siapa DJ kat red104.9 hahaaa tak baik. Jangan tak tau….aku pun bukan nyer kenal sangat ngan DJ Red104.9 heheee, kantoi!. Sebelom balik aku, List, Markona, ngan Omar gi makan MD kat Desa Pandan. Omar dengan riaknyer nak belanja kita orang makan daging masak lada hitam kat rumah dia bulan 3 nanti. Aku set jer janji budak2 lain pegi hahaaa. Mak oiiii.... mamat ni masak lagi best tahap menjilat dinding siot. Nih yang buat aku berkobar-kobar nak gi rumah dia rasa masakan dia gitu.
Dj REd104.9 Zura, Omar & me |
Malam kian larut bulan gemilang berseri bercahaya. Bintang bertaburan memenuhi angkasa namun mengapa Srikandi Dewi ini masih lagi berduka lara. Aku tekad kalau genap tiga hari adik aku tak nak tegur aku n mintak maap akan aku sekeh kepala dia sesiku dua….bio benjol tinggi menggunung. Nih geram sesangat dah nihhh.
Top 3 yang terkeluar heheee. This is shah my new friend |
No comments:
Post a Comment