Desa Pandan, Ahad 6.00ptg. Akbar tempatan melaporkan seorang wanita hampir
dikejarkan ke hospital berdekatan akibat terhidu bau nasi rentung yang melampau.
Beliau yang enggan namanya disiarkan melaporkan bahawa dia telah meninggalkan
adiknya selama 15 minit untuk membeli air soya dan murtabak di bazar ramadhan
berhampiran. Sebelum keluar dia sedang memasak nasik untuk berbuka puasa.
Kejadian hanya disedari oleh adik mangsa setelah nasi berkenaan tidak
dapat diselamatkan. Setibanya dirumah mangsa telah dapat menghidu bau rentung
dari tingkat bawah lalu bergegas masuk kerumah. Bau rentung memenuhi ruang
segala pelusuk ruang rumah. Mangsa bernasib baik kerana telah mengambil
langkah-langkah bijak dengan membuka semua ruang udara untuk membolehkan udara
luar masuk kedalam rumah. Dari bahan bukti didapati periuk nasi telah rentung
bersama-sama nasi tersebut. Periuk nasi itu juga dikhuatiri tidak dapat
diselamatkan daripada dibuang!.
No comments:
Post a Comment