Tuesday, 30 November 2004

Alamanda putrajaya

meng"sms"kan diri

dari radio buruk aku ...sebuah lagu lama utk orang lama cam aku...
Abang sayang abang dimana
Hati risau mengenang dikau
Abang sayang hati ku bimbang
lama ditinggal merantau

jauh, jauh, jauh dimata
dihati dekatla sayang
dalam, dalam, dalamnya laut
lebih dalam rasa hatiku

Kalau tak tau nyanyi bukak-bukak ler radio dan tunggu lagu nih keluo yer
By Huda : senget macam ko jugak Huda
 
 
by me. Malu-malu kucing hahaaa
Lepas ronda2 tengok pameran lukisan kami gi lunch. Pukul 4.30ptg buleh kirer lunch lagi ker , belasah jer la lunch ker aper ker janji soru . Perut masing dah berbunyik. Bunyik perut aku kira masih bunyik base lagik. Maner tak nyer breakfast cum lunch tapi Huda dah tahap A minor satu putrajaya bleh dengo.

Part paling aku suker tengok...gambo close up korang nampak happy sesangat.


 

Monday, 15 November 2004

Perjumpaan Semula 15.11.2004

Berjumpa di Nur Lembah Pangsun lewat tahun 2003. Disini "serasi" telah menyatukan hati kami. Lewat dari pertemuan itu kami susuli dengan bait2 ayat tanpa suara juga suara tanpa wajah. Namun kerinduan yang menggunung dan mengelodak tidak dapat di kendong lagi. Berjanji untuk bertemu kembali...

Lalu... 15.11.2003 Nando's KLCC menjadi destinasi pertemuan. Meluahkan rindu terpendam. Berpuasa tidak menjadi penghalang bagi pertemuan kami. Ajeb dari JB turut datang. Wan dari Kuantan juga datang melepas rindu terbuku. Nando's makanan yang sememangnya menjadi kegemaran aku. Tanpa segan silu, aku membelasah ayam yang terhidang saat laungan azan bergema tanda waktu Maghrib juga berbuka puasa. Perghhh memang sodap.

Malam itu yang datang diluar jangkaan aku. Terima kasih buat Hoda, kawan opis Hoda, Yan, Wan, mis X ( heheee luper ler namer ko, sorry), Zalina, Ajeb, Mamat, Zaili, dan yang tak dapt sebot namer tu sorry yer.

dulu dalam kenangan......
"adik dah puasa berapa hari campur hari nie?"
"Semalam setengah, hari nie pun setengah hari.. ermm dah duer hari adik puasa".
Acara berposing selepas membelasah ayam nando's
 
terpancar sinar girang kekenyangan. Ergkkkk
 

Tuesday, 9 November 2004

Akhbar tempatan berita muka depan melaporkan

Desa Pandan, Ahad 6.00ptg. Akbar tempatan melaporkan seorang wanita hampir dikejarkan ke hospital berdekatan akibat terhidu bau nasi rentung yang melampau. Beliau yang enggan namanya disiarkan melaporkan bahawa dia telah meninggalkan adiknya selama 15 minit untuk membeli air soya dan murtabak di bazar ramadhan berhampiran. Sebelum keluar dia sedang memasak nasik untuk berbuka puasa.

Kejadian hanya disedari oleh adik mangsa setelah nasi berkenaan tidak dapat diselamatkan. Setibanya dirumah mangsa telah dapat menghidu bau rentung dari tingkat bawah lalu bergegas masuk kerumah. Bau rentung memenuhi ruang segala pelusuk ruang rumah. Mangsa bernasib baik kerana telah mengambil langkah-langkah bijak dengan membuka semua ruang udara untuk membolehkan udara luar masuk kedalam rumah. Dari bahan bukti didapati periuk nasi telah rentung bersama-sama nasi tersebut. Periuk nasi itu juga dikhuatiri tidak dapat diselamatkan daripada dibuang!.

Monday, 8 November 2004

Hari Makan Udang Sedunia Peringkat Kebangsaan Mukim Bangi

Bukan main lagi bos tak der sakan aku mentenetkan diri

Semalam gi makan kat Restoran Nelayan Bangi. Makanan murah, sedap dan service pon ok. Gathering kali nih Hoda ngan Ania yang buat tuh pasal segan nak invite orang lain. Genap setahun tak jumpa, bila jumpa raser macam tak cukup mulut nak cerita dan menjawap soklan2 yang sket pnc dari kawan2. Tapi nasib baik aku hebat dan dapat menjawap dengan tepat dan bernas heheeee. Harap Cik Gayah puas hati yer. Telinga pun naik jem tak tau nak dengar citer dari saper. Dalam riuk pikuk dengan suara2 mereka aku jelas dapat tangkap info baru.ader lagi sorang yang akan berkawin soon.

Peluang berjumpa sekali sekala cenggini memang best!. Malam tuh Hoda, Ania, Ta, Gurl, Yan, Yani, aku ngan adik aku bagai berpesta merendam udang dalam kuali. Sorang2 menunjukkan skel membalasah udang dengan rakosnyer. Nasib baik aku dah pesan kat adik aku supaya tak terkejut dengan suasana kemungkinan2? cenggitu heheeee. Muker ayu giler tapi bila dengar jer azan. Ermmm makan sampai tak sempat nak jeling2 meja sebelah!. Giler sungguh, sebelom makan semua cam macam bertih jagung tapi bila makan start jer semuer2 duk diam heheee. Sebelom makan semuer2 kena penyakit sound trouble, tapi pulih semuler lepas berbuka puasa, macam semua orang puaser heheeee.

Tahun lepas kat Nandos, tahun nih kat Nelayan, tahun depan kat maner plak?
duduk kiri : ania, hoda, ita, nazahiah. Diri kiri : Yani dan yan
 
menggiurkan...
 
Ania, Hoda, Yan sepantas kilat menyerang makanan terhidang
 
senggol senggolan plak dah...
 
kenyang sampai terkentot sambil menyangkong
 
miss weiii jgn la block kami yang rendah nih
 
Mr. Miss and gurgel
 

 

Friday, 5 November 2004

B'day aku

Kau!!!!!. diam tak diam dah tuer ruper nyer aku nih. Hahaaa sikit hari lagi buleh expired, ha ambik kau. Nini anto sms wish b'day kat aku. Pastu petang lepas opis hour dia datang rumah makan pree. Aku bukan nyer suker sangat masak tapi bila ader org datang InsyaAllah ader ler rezeki mereka.Nini bagi aku kain ela kaler lembu wahhh merah nyer mak ngah oiiiii macam orang zaman dulu-dulu jer. Dier punyer merah secukup rasa!. Aku tak ler heran sangat ngan baju tuh tapi sebab dier ingat b'day aku tuh yang aku terharu tuh. Raser macam nak pelok jer dia ari tuh. Tapi aku tak pelok pun sebab entah geli geleman pun ader jugak. Samer specis weii heheee.

Kat opis aku dapat surprise plak. Tapi tak buleh nak cakap kat sini karang semua orang mengaku dier punyer idea. Angau sekejap aku dibuatnyer bila dapat something cenggitu. Aku tak mahu tahu siap yang buat/bagi tapi cukup kalau aku katakan aku gembira dengan perasaan aku waktu itu. Bukan kerana dapat hadiah tapi mungkin perasaan berkobar2 nak tahu siapa pengirimnyer heheee. Ah.. entah ler aku nak explain pon tak reti dah. Aper2 pon hehee macam azizi aF pulak, tahun nih sungguh bermakna bagi aku. Banyak peristiwa yang bermakna telah aku lalui dan aku lakukan dengan berani. Hahaaa yang nih pun tak buleh nak cerita karang sure gosip gitu.

Thursday, 4 November 2004

Black out.

 
 
Bersemangat aku buat laksa cuti2 cengini. Actually tak der project bagus hari tuh. Macam biasa aktiviti aku masak ler untuk diri sendirik for lunch. Menu kali ni laksa plak. Ko jgn ler tanyer laksa penang/johor… aku maner ler tau. Yang pasti aku masak kuah laksa banyak giler heheee tak reti nak agak ler. Aku bubuh bunga kantan ngan daun kesum (muda) yang best tuh sekoyan. Aku kalau makan laksa mesti aku makan daun kesum ngan bunga kantan nih. Lepas tuh dier punya pedas kick abis!. Sebab malas nak keluar aku belasah jer pakai kembung. Ler ikan tuh jer yang ader dalam peti ais aku maser tuh. Ikan patin pun ader tapi tak masuk dek akai plak karang heheee. Laksa ikan patin hahaaa cemaner yek raser dier.

Bila adik aku tak ader, time nak makan tak la best macam maser dia ader. Ambik ko sampai ke malam ler aku berlaukkan laksa. Lepas jer makan malam lampu ngan tv pon padam sendirik. Panik jugak aku. Yer la aku baru jer bayo bil semalam. Lewat plak tuh heheee. Tak kan kena potong kot? Ler ruper nyer org lain pun samer jugak. Abis satu apartment black out. Romantik sungguh duduk dalam cahaya lilin yang samar2. Abis satu rumah aku penuh ngan pelita2 comel. Lima minit angau lagi. Ceh wah macam best jer siap ader lilin lagi….. sket lagi buleh jadik komplit set wa cakap! yang tak der bopren ngan dinner set jer hahaaaa. Sepuluh minit angau sikit, 15 minit…. Oitttt!!!! Panas nyer. Cepat ler pasang leterik tuh oit.

Besok nyer pon laksa tuh masih berbaki. Naik muak plak makan mender yang samer. Nak buang karang takut rezeki pendek. Heheee takot siot. So kerjer aku makan jer la sambil tengok tb.