Wednesday, 11 August 2004

lagi dari kedah - Haryani Marzuki

Cuti kali ni aiols pegi rumah Haryani. Sakan aiols test kamera baru. Jom tgk hasil....
 
Dikelilingi bunga-bunga yang mekar dan mengharum, sepasang kekasih bermadu cinta gila tanpa segan silu. Kehebatan aku sebagai jurukamera hebat kelas 3 sedikit pun tidak diendahkan oleh mereka. Mungkin tidak menyedari kehadiran aku kot kerana dek terlalu khayal bermadu kasih. Walaupun pun bertubuh kecil itu semua bukan penghalang untuk merealisasikan hajat mereka, huh apa kejadah nyer ini semua.

 

Kejadian ini sempat aku rakamkan untuk tatapan anda semua sebagai panduan dan iktibar bahawa dalam dunia ini bukan kita manusia sahaja penghuninya yang dikurniakan hati, cinta dan teman hidup. Namun bagi kita manusia yang punya pegangan hidup itu semua haruslah berada dilandasan yang betul agar tidak tersimpang.

Bukan itu sahaja malah terik mentari tengahari juga bukan pengahalang bagi si dia ini untuk mengangkang luas tanpa segan silu sekalipun dikelilingi oleh orang asing seperti aku, tuan rumah juga yani. Huh sungguh tak tahu malu.

wokey, tamat.

Amacam buleh jadik pengganti pengacara edisi siasat tak?


 

No comments:

Post a Comment