Friday, 21 May 2004

teather lagi la la laa

Sungguh ler giler kuasa hari2 muker aku jugak yang pegi. Kenapa pegi hari2? satu, sebab free . Duer, sebab dekat ngan rumah. Tiger, sebab tak der aktibiti yang menarik. Empat, buleh jumper ngan kawan aku (nini). Lima, buleh tengok sejaoh maner perkembangan industri teather melayu.

Sedikit tentang aku.
Tak punya ramai kawan sejak kecik. Berkecimpong dalam dunia "kawan-kawan" nie sejak joint NLP taon lepas. Kat opis pun aku kira kawan opis tu cuma untuk "opis" je la. Suppliers ngan clients kelompok nie lagi ler tak masok book. No komen. Lepas opis aku punya aktiviti tetap adalah terperok kat rumah dan buat aktibiti sendiri. Salah satu aktibiti kegemaran aku ialah keluar masok bilik, ke dapor ngan balkoni tu merupakan rutin harus aku tiap2 hari dari hari Isnin sampai isnin balik heheee. Jangan salah sangka, aku ke dapor bukan tuk masak tapi lebih untuk beriadah, ala ala senaman berjalan gitu heheee. Sebab utama sebenor nyer aku tak nak ruang2 tu selalu sangat kosong tak berpenghuni. Karang takot ader mender lain plak yang tumpang tinggal sekaki. Bukan penakot tapi "segan" jer Antara aktiviti yang paling aku suker adalah melepakkan diri kat rumah sambil memanjakan diri sendiri. Tak pon baca novel cintan cinton ker, study, tengok tv, dengar radio dan tertidor sehingga tak sedar diri.

Aktiviti yang aku tak suker buat tapi kena buat..
Pendek kater semuer benda yang terpakser buat dalam keadaan terpaksa, tak rela you.... heheee. Macam kena jemor baju, iron baru, cuci lantai, memasak (tapi kena buat jugak sebab lapo ), bersenam tu pasal kiloGERAM asyik naik jer cuci keleter.

Aktibiti yang aku suker buat plak...
semuer sekali asalkan aku rela dan ikhlas. Time semangat berkobar2 nak tengok rumah bersih....semuer menda2 yang aku tak suker buat jadi suker plak, terer kan

Kawan best aku...nini
sebenornyer dier nie opismate aku dulu. Aku pon tak tahu cemaner aku buleh terON dengan dier. Lamer jugak kot nak mulakan "baik" ngan dier dulu tambahan pulak ngan sikap "derk" aku. Penoh mail box aku ngan email2 forward dari dier dulu sebelom kami mula berkomunikasi heheee. Sebulan duer sebelom dia bla dari opis baru ler ngam ngan dier. Salah satu sikap dier yang aku paling suker...dia nie jenis tak kacau orang dan tak heran pasal orang lain kira macam aku jugak ler. Aku nie tak suker puji orang lagi2 kawan sendiri. Aku tulis kat "sini" pon sebab aku tau dia tak dapat nak akses kat laman ni huhuuu. Aku harap dia sentiasa dilimpahi kasih sayang, rezaki dan petunjuk dari Tuhan dan sentiasa berbahagia serta dijauhkan dari segala derita dunia. Amin.

Pasal kami biler bersama...
Aku sedikit giler dan dier gila banyak so biler jumpa mesti best. Kalau cerita pasal masalah pon buleh ketawa. Kerana kami nie bukan dari golongan jutawan so selalu la jugak pegi window shopping sesamer kalau berkesempatan. kalau lamer sket tak jumper muler la kepala raser tension tahap giler babas. Lepas tu musti set maser nak jumpa. Dapat jumpa kejap jer pon jadik. Kirer kami saling mempergunakan antara satu sama lain la nie. Dier cerita aku dengar lepas tu dier certia aku dengar lepas tu aku dengar lagi warghhh bila plak turn aku nak cerita nie weiii... Ha lebih kureng cenggitu la aku ngan dia biler jumper. Pendek kater dier jer yang nak citer. Ayat yang selalu aku guner untuk mulerkan konversasion "kau.... cuber teker" Lepas tu dier dengan bangga dan riak lagi bersabar mula melontarkan tekaan demi tekaan sampai aku pulak naik pedap nak tunggu jawapan tepat dier mengena. Abis2 aku jugak yang bukak cerita heheee. Tapi biler dier guner ayat "kau...cuber teka" aku musti marah tahap giler babas sebab raser lambat beno nak tau cerita dier. Aku tak suke pada mender2 yang berunsur jeng jeng jeng gitu. Dengan dier nie aku kalau nak marah aku marah jer tapi kalau nak puji aku tahan2 sket.

Biar pon orang kata aku sombong dan memilih kawan aku tak heran heheee yang penting aku hepi dan tak kacau hidup orang lain.

Pertama kali punya kawan perampuan, dan aku harap kami akan sentiasa sefahaman. InsyaAllah
My preng ...nini
us

 

No comments:

Post a Comment