Monday, 24 May 2004

ekspo kartnival jualan rumah

Semaser fair nie berlangsong wan ngan eni dari kuantan datang KL. Mereka sampai ke KL pukol 5.30pagi dan seperti yg telah dirancang dan dipersetujui aku akan ambil mereka kat puduraya. sms pertama dari mereka tak berjaya mengejot kan aku yang seakan2 koma hehee. Deringan talipon dari wan yang aku sedar adalah pada pukol 6.30pagi , soli yer. Kesian member aku nie udah duer2 pon saiz kecik duduk kat hentian menara maybank plak pegagi sepiie. Nasib baik aku cepat sampai hehee. Maklom ler pagi2 nie mamai sket. Sampai kat rumah aku suroh mereka rehat selama maner yg mereka nak sebelom memukan aktibiti. Hoda sampai kat rumah aku pukol 8.30, sharp. pergh kau memang best hoda. Aktibiti setat pukol 11.30 lepas membongkang seraoun duer. Sempat ler tido tahap mimpi kuch kuch hota hei ngan mandi. Breakfast hari tu kiter orang ambik sekali untuk lunch

Kat pwtc kami serang semua tempat yang jual rumah paling murah sekali. Lepas tu pegi semua bank tanyer loan dan payment. Kat saner jer aku raser aku dah berjalan lebih kurang 25kilometer. Naik kematu tumit kaki aku. Silap ler aku kan patot nyer check tumit aku kematu ker haus hehee. Kami pulang dengan gumbira kerana telah menyoping dengan belanja yang paling besar dalam hidup kami untuk satu resit. Naper tak percayer?

Esok nyer sebelom balik kiter orang gi tengok wayang citer (ntah luper ler) lepas tu gi eskot wan ngan eni gi shopping. Giler betol minah nie sekali shopping ha...tekezut aku dangan angka RM yang tertotal. Paling best maser gi bahagian pakaian khas wanita, sakan wan dan si eni menyedai "tuttt" sehelai demi sehelai kat lengan masing-masing. Korang nie beli untuk stok setahun ker aper heheee. Aku betol2 tak cayer maser eni mengayer kan seluar kecik tu kat tubuh dier. Lepas tu dier siap tanyer kau.. "weiii ok tak yang nie". Perpampang bentuk setitiga tu ditambah kaler merah yang menyala. Warghhh naper semuer kawan2 aku nie putos ha?

Habis melecet kaki aku dek kerana lamer sangat berjalan. Hoda pon samer jugak. Warhhh wan ngan eni nie memang penoh bersemangat ruper2 nyer biler menyoping Aku ngan hoda dah pakat lain kali kalau duer2 orang nie nak datang Kl lagi aku ngan hoda akan gi ambik mereka HANYA selepas mereka selesai menyoping. Aku plak akan pakai kasut yang penoh ciri2 selesa dan keselamatan gitu . Upss tak luper juga kena minum air penguat tenaga heheee yang cap kipas syiling ader jual tak?
dali kili : wan, hoda, eni
ergkkk... beraksi cun selepas "kenyang" memborong rumah
candid : tak sempat nak tengok kemera, ngelat la weiii
candid : alamak salah parking la kau heheee

Sunday, 23 May 2004

kuantan dalam kenangan

warghhh...orang lain yang giler kuasa orang lain yang kena ambil cuti hanya untuk mengundi. Habis cuti taon aku, udah ler company bagi cuti cipot jer. Maser daftar hari tu aku buat kat kuantan, yer la dah aku kerja kat saner maser tu aku pon daftar ler kat saner. Tu maser umor aku muder remajer la. Maser tu konon2 nyer nak settle down kat kuantan ler. Maner tak nyer kos of living murah beb!!! pendekkan cerita Tuhan murahkan rezeki aku maser tu lebih sket dan aku kena pindah ke cawangan KL lanjutan dari murah rezeki la tuu. So terpakser la ku balik ker kuantan semuler untok mengundi.

Aku gi kuantan pagi sabtu dan sampai tengahari. Terus pegi carik rumah wan. Tengah2 carik rumah dier tayar keta aku bocor dek kerana kehebatan aku merives heheee. kebabor aku kejap. Aku pon drive ler keter aku kat satu rumah yg pintu pagor dier dah sedia terbukak dan paling dekat ngan aku. Dek kerana aku masok kawasan rumah orang aku pong bagi ler salam kat tuan rumah mintak tumpang tuko tayar kete kejap. Orang kampung namer jer ader pagor tapi jarang bertutop pon. Kalau kat bando siap bermangga lagi yang kayer sket lagi siap pasang bugler alarm ngan pasang cctb kat depan pintu rumah gitu. Lepas bersalam salam dan tanyer kabo aku...kakak tu teros jer jerit "along!, angah!, uda! meh sini tolong adik nie tukor tayar keter dier".

Aku terus ke bonet kereta nak keluokan tayar sepe. terkulat2 ler aku maser tengok kat depan pintu rumah kakak tu ramai nyer manusia. Mak oitt nie adik2 dier yang lelaki tu semua sedang berjalan menuju ke arah aku. Mengelatar kejap tangan aku. Nasib baik beg baju aku berat dan beso, tak ler obios sangat. Aku pindahkan beg baju ke set belakang supayer senang nak ambik tayar sepe. Kakak tu tadi terus jer pimpin tangan aku ajak masok rumah. Mak dia dah tunggu depan pintu rumah, tersenyom senyom makcik tuu. Warghhh gabera golos aku maser tu Tuhan jer yang tau.

"wan cepat ler datang sini, selamatkan aku!!!!." jerit aku dalam talipon .

Dengan lenggang kangkong nyer wan datang sambil membawa senyom kambing nyer itu. Aku lega biler dah tengok muker dier. Satu... sebab aku tak perlu jalan jaoh lagi. Duer... sebab aku sesat kat jiran sebelah dier jer ruper nyer Sambil tunggu keter siap kakak tu hidang air kelapa muda. Best nyer dapat minum air segar, peree pulak tuu. Tu pasal aku suker duduk kat kuantan. Jiran ramah tamah.
Ayat yang membantotkan aku untuk berbual ramah dengan kakak dan makcik tuu

"nasib baik dia masok kat rumah kiter kak, ha... macam tau tau jer rumah nie ramai anak lelaki bujang." lancar jer adik dier berkata2. Sambil tersenyum lagi. Macam ler aku ngan wan tak dengar atau lebih tapat kami tak pekak lagi. Mamat sorang nie dok la asyik menyebut ayat yang sama selagi ader peluang menyampok, huhh

Lepas keter siap, aku pon bersalaman ngan penghuni rumah tu dan secepat kilat menghilangkan diri sendiri menuju ke rumah wan plak. Tak lama lepas tu kawan wan datang dan kami pegi kenduri kawen kawan wan. Aku pon pegi sekali dengan tak malu nyer dan makan dengan best nyer . Nasib baik maser tu pakai baju kurung you. Maser salam ngan mak pengantin, aku dapat bunga potpuri lagi, sebelom tu maser tengah makan dapat satu bunga telor pengantin haaa kire nyer dua la aku dapat.

Balik dari kenduri kawen tu aku gi bandar Kuantan untuk beli tayar baru. Warghhh... pokai kejap. Kat kedai tayar pon ader citer tak best. Maser tengah tunggu kete, ader la sorang pakcik nie menegor aku. Tak jawap karang kater budak muda zaman nie tak bersopan plak. Aku serba salah. Nak tak nak aku sapa jugak. Maser tengah2 borank tu dier mintak nom. talipon plak. nie aku seram nie. Aku dengan serba salah bagi la nomor nini member aku. Ader peluang jer aku ngan wan terus lari mengExecuse me kan diri sendiri ke belakang workshop. Aku teros talipon nini dan melaporkan yg no. talipon dia aku bagi kat pakcik tu. Dia... macam biasa akan kaber baik punyer heheee.

Sepanjang berada kat kuantan lebih tepat lagi kat ruma wan. Aku naik 2 kilo sebab mak dia masak best tahap kari cap babas. Lagi best maser breakfast mak dier buat nasik lemak sambal ikan bilis. Hai.. nasib baik ler aku segan nak makan dek kerana kiloGERAM yg dah terlebeh kat badan nie, kalau tak sure aku bedal sampai sendawa gitu

Lepas tu aktibiti malam plak, kiter orang gi minum2 kat kedat peberet wan ngan kawan dier. Maser tu eni takder dier pong balik terengganu untuk mengundi. Telok Cempedak yang telah lamer aku tinggalkan tuuu aku "sapa" kembali. Ha jangan tekejot ader kalaoke open lagi youu kat situ. Dari 10 orang yang menyertainyer aku kire 2 orang jer kot yang buleh menyanyi dengan tidak meletopkan album Tapi baru2 nie new terbaru dari wan kalaoke tu dah tak der dah. Benarkah apa yang aku dengar? sungoh bagus tu. Kerana semasa mereka mendendangkan lagu2 "merdu" itu mereka tak perasan yang udara nyaman yang sepoi2 bahasa tu berhenti bertiup dan ombak juga berhanti menghempas ke dada pantai. burung2 juga berhenti berkicau riang. Sang kelawar eksiden terlanggar dinding bangunan dan ader yg terlanggar dahan2 pokok.

Sekian....

Buah pauh delima batu,
anak sembilang ditapak tangan
walau jauh beribu batu
hilang dimater dihati jangan

Saya.. kalam sin wau alip lam ya melaporkan untuk xuijee di "aku dan kenangan itu.."
wan nor azima
W.Nor Azima n we :)

 

Friday, 21 May 2004

teather lagi la la laa

Sungguh ler giler kuasa hari2 muker aku jugak yang pegi. Kenapa pegi hari2? satu, sebab free . Duer, sebab dekat ngan rumah. Tiger, sebab tak der aktibiti yang menarik. Empat, buleh jumper ngan kawan aku (nini). Lima, buleh tengok sejaoh maner perkembangan industri teather melayu.

Sedikit tentang aku.
Tak punya ramai kawan sejak kecik. Berkecimpong dalam dunia "kawan-kawan" nie sejak joint NLP taon lepas. Kat opis pun aku kira kawan opis tu cuma untuk "opis" je la. Suppliers ngan clients kelompok nie lagi ler tak masok book. No komen. Lepas opis aku punya aktiviti tetap adalah terperok kat rumah dan buat aktibiti sendiri. Salah satu aktibiti kegemaran aku ialah keluar masok bilik, ke dapor ngan balkoni tu merupakan rutin harus aku tiap2 hari dari hari Isnin sampai isnin balik heheee. Jangan salah sangka, aku ke dapor bukan tuk masak tapi lebih untuk beriadah, ala ala senaman berjalan gitu heheee. Sebab utama sebenor nyer aku tak nak ruang2 tu selalu sangat kosong tak berpenghuni. Karang takot ader mender lain plak yang tumpang tinggal sekaki. Bukan penakot tapi "segan" jer Antara aktiviti yang paling aku suker adalah melepakkan diri kat rumah sambil memanjakan diri sendiri. Tak pon baca novel cintan cinton ker, study, tengok tv, dengar radio dan tertidor sehingga tak sedar diri.

Aktiviti yang aku tak suker buat tapi kena buat..
Pendek kater semuer benda yang terpakser buat dalam keadaan terpaksa, tak rela you.... heheee. Macam kena jemor baju, iron baru, cuci lantai, memasak (tapi kena buat jugak sebab lapo ), bersenam tu pasal kiloGERAM asyik naik jer cuci keleter.

Aktibiti yang aku suker buat plak...
semuer sekali asalkan aku rela dan ikhlas. Time semangat berkobar2 nak tengok rumah bersih....semuer menda2 yang aku tak suker buat jadi suker plak, terer kan

Kawan best aku...nini
sebenornyer dier nie opismate aku dulu. Aku pon tak tahu cemaner aku buleh terON dengan dier. Lamer jugak kot nak mulakan "baik" ngan dier dulu tambahan pulak ngan sikap "derk" aku. Penoh mail box aku ngan email2 forward dari dier dulu sebelom kami mula berkomunikasi heheee. Sebulan duer sebelom dia bla dari opis baru ler ngam ngan dier. Salah satu sikap dier yang aku paling suker...dia nie jenis tak kacau orang dan tak heran pasal orang lain kira macam aku jugak ler. Aku nie tak suker puji orang lagi2 kawan sendiri. Aku tulis kat "sini" pon sebab aku tau dia tak dapat nak akses kat laman ni huhuuu. Aku harap dia sentiasa dilimpahi kasih sayang, rezaki dan petunjuk dari Tuhan dan sentiasa berbahagia serta dijauhkan dari segala derita dunia. Amin.

Pasal kami biler bersama...
Aku sedikit giler dan dier gila banyak so biler jumpa mesti best. Kalau cerita pasal masalah pon buleh ketawa. Kerana kami nie bukan dari golongan jutawan so selalu la jugak pegi window shopping sesamer kalau berkesempatan. kalau lamer sket tak jumper muler la kepala raser tension tahap giler babas. Lepas tu musti set maser nak jumpa. Dapat jumpa kejap jer pon jadik. Kirer kami saling mempergunakan antara satu sama lain la nie. Dier cerita aku dengar lepas tu dier certia aku dengar lepas tu aku dengar lagi warghhh bila plak turn aku nak cerita nie weiii... Ha lebih kureng cenggitu la aku ngan dia biler jumper. Pendek kater dier jer yang nak citer. Ayat yang selalu aku guner untuk mulerkan konversasion "kau.... cuber teker" Lepas tu dier dengan bangga dan riak lagi bersabar mula melontarkan tekaan demi tekaan sampai aku pulak naik pedap nak tunggu jawapan tepat dier mengena. Abis2 aku jugak yang bukak cerita heheee. Tapi biler dier guner ayat "kau...cuber teka" aku musti marah tahap giler babas sebab raser lambat beno nak tau cerita dier. Aku tak suke pada mender2 yang berunsur jeng jeng jeng gitu. Dengan dier nie aku kalau nak marah aku marah jer tapi kalau nak puji aku tahan2 sket.

Biar pon orang kata aku sombong dan memilih kawan aku tak heran heheee yang penting aku hepi dan tak kacau hidup orang lain.

Pertama kali punya kawan perampuan, dan aku harap kami akan sentiasa sefahaman. InsyaAllah
My preng ...nini
us

 

Wednesday, 19 May 2004

training

Giler, tak sampai tiger jam musti makan. Makan, makan, makan. start meeting pukol 9.00am pastu breakfast 10.30am pastu baru jer nak bernapas.....aik dah nak lunch plak!. Tak sempat nak bagi makanan yang kiter orang belasah maser lunch turun dalam perot, loceng bunyik lagi tander tea break plak. Selamer duer hari kat saner berat badan aku naik 2 kilo

pulak tu dier punyer aircond tahap gigit tulang sum sum gitu. Hahaaa nasib baik naik 2 kilo kureng sket sejuk . Selamer kat saner sorang2 muker macam muker orang sakit . Otak naik serabot..... warghhhh tak nak citer pasal kejer ler sekarang

Habis jer meeting....masing2 tarik aku carik port untuk bergambo. Almaklom ler mereka sumer dah jadik bunger larangan, ha... jenis yang nak keluo rumah musti kena dapat kelulusan kebenet gitu huhuuu. So biler dapat peluang ambik anak lambat ngan balik rumah lambat sakan ler.....

Seperti biasa aku merangkap jurupoto propesional kelas ketiga mengambil posisi tuk ambik gambo
sure2 ler tau aku nie tak der langsong ambik maner2 kelas jurupoto pro lagi mau gambo sehebat bintang pelem... maner tahan Tapi aku tetap tak menghamper kan mereka. Lalu terhasil ter gambo2 yang ala2 blur macam tuan dier jugak

apa2 pong aku raser aku ler orang yang paling gumbira lepas habis meeting duer hari tuu. Kegumbiraan aku terserlah sekalipon aku cuber untuk selindongkan

Luper nak citer tup2 tengah sibok berposing ala2 bollywood ader ler "adik comel" duer orang nak tumpang bergambo sekaki... so maker nyer terselit ler gambo dier kat albem aku nie.

Dah terang lagi bersuloh.. namer dier pon dah Palace of the Golden Horses pendek kater dimaner2 juer musti ader gambo binatang nie... kuda. Dari pintu masok sebeso2 kuder sampai ler dalam jamban. oit kasar nyer!! maksod nyer toilet ler. Aku ingat nak cadangkan dier buat toilet sit dari kuder jugak ler musti best....

Makanan bupee dier pulak banyak pilihan dan sedap sehingga menjilat siku. Tuu yang makan sampai tak ingat baju2 dalam lemari sumer dah tak muat yang jenis biler pakai jer terserlah segala lemak2 berlebihan gitu Tak per lepas nie aku akan diet selama 360 hari setengah. BUKAN yang 360 hari aku diet tapi yang setengah hari tuu jer huhuu buleh gitu?

Muler2 cadang nak ambik gambo kat setiap inci tempat tuu bagi korang sumer tompang sekaki tengok, tapi korang gi jer saner tengok sendirik....

angkat tangan!!!!
sumpahan orang minyak
kalau anda hebat...cuber cari objek tersembunyi hehee
lepaskan ekor aku!! ko berat sangat la, aku tak buleh terbang ni


Tuesday, 11 May 2004

aku dan theater...theater dan aku...dan theater aku....heheee

Malam td theater bertajuk "Anak Kerbau Mati Emak" dipertontonkan. Jalil Hamid salah seorang pelakon nyer. Dia nie kirer salah seorang pelakon yang aku minat . Tu pasal ler aku pergi. Tambahan pulak kawan aku "gila" kat Radhi Kalid dan dia pong turut sama berlakon dalam theater nie so alasan untuk MUSTI pergi lebih konkrit dan kirer berbaloy la sakali pong kena bayo Ingatkan biler dah pakai ayu cenggitu buleh ler kaber wayer putus tapi warghhhh tak buleh ler.

Sebelom aku hilang ingatan, aku rasa pelakon yang terlibat malam tu adalah yang pertamer musti ler Jalil Hamid you...pastu Radhi Khalid, atie( geng AFUNDI) heheee itu jer kot yang aku kenal dan tau namer yang lain aku kenal tapi heheee sori namer tak tau ler.

Senarai tetamu special plak... Pasti nyer aku, nini ngan zalina. Naper? sebab baju basah kena hujan, penat berlari dari parking lot ke Istana Budaya you. Lepas tu berlari ala2 cerita Cenderella naik anak tangga menuju ke dewan theater heheeee. Paling best malam tu bila seorang petugas yang kiut miut tu bawak kiter orang ke tempat duduk atas aku telah duduk kat sebelah mamat nie (sorry tak tau namer)

Dalam kepenatan yang tak terhingga dan nafas yang termengah2 aku sangat panas dan tak dapat nak konsentrate kat theater yang telah bermula. Tanpa sedar aku terpandang sehelai kertas kat peha lelaki yang dudukk sebelah aku tuu. Tau tau pantas jer jemari aku mengambik kertas tu untuk mengipas diri sendirik. Biler tengah2 kipas tu aku perasan aku belom mintak izin. So aku selamber ler cakap "pinjam yer" kat mamat tu. Giler!!! tobat aku malu nak tengok muker dier. Nasib baik gulap, kalau tak aishhh...mau aku selubung muker aku dalam kain tudung kawan aku heheeee.

Lepas tu masalah pekak aku tetiber jer datang menyerang. So aku tak buleh nak tahan lagi. Lagi pon sebab dah beli tiket harga best kan...so kenalah duduk depan sket heheee. Biler line clean n clear jer aku ngan the geng pon terus blah. Sebelom tu aku bagi balik kertas yang dah hampir keronyok tu kat tuan dia balik. "errr timer kasih yer" lancar jer aku cakap. Perghh lakonan yang sunggoh A+. Aku pulangkan tanpa tengok muker dier pon. Ampon yer bang....heheee. I lap myself you know.

Lepas abis theater member aku tak abis2 cakap mamat kat sebelah aku tu hengsem tahap giler babas. Tapi aku tak kisah dah sebab aku tak mampu nak tengok muker dier ahakss. Ala lagi pon dah sinonim sangat kalau lelaki hengsem jer musti dah ader yang punyer warghhhh

Wokey.... kalau tak silap ler yang datang malam tu selain dari kami bertiga yang special nie...zaili, Intan, Jem, Nasya, kawan dier, Faizal and the gang dan... tu jer kot.

Citer pasal theater....
Jangan harap, kalau nak tau korang pegi ler sendirik lain kali
Apa apa pong Jalil Hamid memang best giler babas. "ader habok ler yang..."
Memang ler rugi korang yang TAK pegi tengok. Nasib baik aku tak jutawang.... kalau tak sure aku gi tengok sekali jer hehee. Bukan nyer kedekot tapi...penat ler asyik ketawa jer, naik sakit muker aku tahan ketawa ko tau tak. Kalau nanti dier belakon lagi aku musti pegi dan musti paksa kawan aku pegi sekali heheeee. Abis....

salah seorang calon iklan colgate lol
 
Ayangs....nie ler calon madu nombor empat huahahaaa
 
senyum seindah suria yg membawa cahaya...
 
kiter gi tangkap rama-rama lepas nie wokey...
 
yang maner satu pilihan hati....