Thursday, 4 December 2014

ngeteh time..

Rutin setiap petang mesti kena ngeteh dulu ngan boboi kecik aiols ni. Waktu petang2 mcm ni mmg best duduk pekena teh tarik kedai mamak. Hari ni anak kecik aiols nak minum air kotak ngan ayam goreng.


Selingan sebelum dapat ayam goreng....yes!!! sebatang cokelet. Sedap ler dia makan cekelet tu sorang2 sebab aiols segan nak mintak. Alahai badan, kalau la aiols kurus kan best. Boleh menumpang makan cekelet tu hehehe. Nasib baik cokelet bar yang dia nak.. Kalau cokelet yang jenis cair gerrrr cair iman aiols yg nipis ni nak menyediakan tisu pulak supaya dia makan tak comot.


Selalunya roomate halalan toiban aiols akan balik sebelum solat Maghrib. Kadang2 weols terus je makan malam kat mamak atau makan kat luar je sebelum balik rumah. Alhamdulillah dpt roomate yg tak kisah mcm ni yabedabeduuuuuu. Balik boleh terus solat Maghrib dan ajar anak sikit sebelum dia tidur.


yahoooooooo


Friday, 28 November 2014

MDrama : Malay Drama terbaik sepanjang 2013


Uols peminat Malay Drama? Mdrama pun ada pengukut tegar hokey. Jangan ingat dengan lambakan Korean Drama rakyat Malaysia tak mengikuti perkembangan drama tempatan.  Rasanya series apa yang paling popular sepanjang tahun 2013? Bila ai google pada https://www.google.com/trends/topcharts maka tersenarailah 10 top MDrama.
 
Tempat Pertama : Setia Hujung Nyawa
Google+TwitterFacebook
Tempat Ke-2 : Teduhan Kasih
 
Tempat Ke-3 : Cinta Jannah


Tempat Ke-4 : Adam dan Hawa
 
Tempat ke-5 : Sehangat Asmara
Tempat Ke-6 : Kampung Girl
Tempat Ke-7 : CInta Jangan Pergi
Tempat Ke-8 : Sedetik Cinta
Tempat Ke-9 : Asmara Luna
Tempat Ke-10 : Dahlia
Kalau kat rumah tengah makan pun sanggup bawa pinggan makan duduk depan TV semata-mata tak nak terlepas episod. Kelip mata hanya apabila iklan timbul je hehehehe. Korang ada sindrom macam ni jugak kan.
Lagi parah, kalau pergi makan kat luar lepas tu tengok "masa dah time" ni MDrama nak start.....maka ngan selamba suruh pekerja kedai tukar channel TV. Al-macam la kedai tu dia yg punya kan bhahahaha
Antara sepuluh drama terbaik ni, yang mana uols dah tengok??
 

Thursday, 12 June 2014

Handphone - Asus zenfone 6




Owhhh the best. Yes I am happy having these beautiful ASUS ZenFone 6. TERBAIK. Display screen as wide 6inch. I can see my selfie better LOL
Pixel density 245 ppi
Screen resolution 1,280 x 720 pixels
Display Features – Ambient light sensor, multi touch and proximity sensor

 Ketahanan bateri pulak, untuk waktu berbual sehingga 28 jam!! Dengan capacity bateri 3,300 MAH. Kalau korang bukan jenis yang bergayut, hp ni mmg tahan lama dia punya standby time iaitu 398 jam max. Zenfone 6 menggunakan bateri Li polymer.
Hanya 9.9mm aje Untuk ketebalan size dan berat keseluruhan adalah 196g. Memang la berat sikit sbb nak bawak bateri capacity besar. Zenefone 6 berukuran 166.90mm x 84.3mm x 9.9mm Masih muat untuk poket belakang jeans !!!

 CPU speed zanefone 6 runs at 2GHZ with RAM support 1,024MB. Processor dual core. Superb cepat weii kalau nak donlod movie atau ape je hehehe. Sekali download boleh serentak 4 paling banyak ai buat tau. Paling best yang korang dah donlod tu akan beratur tunggu giliran. Once dah completed yang berratur tadi auto download ikut aturan. Terer kan…..
Dan part paling best adalah, kamera utk selfie adalah 13 megapixel manakala kamera hadapan hanya 2 megapixel. Pilihan kamera depan, belaknag, LED flash dan autofocus. Apa lagi, mmg  la sesuai utk para kaki selfie  kan….hehehe.

 Kalau dah kaki selfie mestilah nak storge yang gedabak superb besar kan kan kan. Untuk internal storage built in 8gb dan untuk card storage 64gb max. Boleh guna microSD yea.
Korang tau ke pa itu Gorila Glass 3? Tak tau? Ermmm ni la….ZenFone 6’s display applies Corning® Native Damage Resistance™ technology to enhance surface densification and decrease chances of lateral cracking. Corning® Gorilla® Glass 3 improves native scratch resistance up to 4x, compared to standard Al-Si Glass and 10x compared to Na-Si Glass.
zenfone 4,5 & 6

Kalau korang tengah memasak, membasuh guna sarung tangan…..tak payah la susah payah bukak sarung tangan tu. Masih boleh selet, slide n touch scrren tu tau. Hebat kan…. with new ASUS technologies that make it possible to use the device while wearing gloves.Gi kat sini utk preview http://www.asus.com/sg/Phones/ZenFone_6_A600CG/

1st selfie hehehe
 
Ni korang tengok la berapa banyak gambar selfie aiols sejak 12 June 2014. Utk 304 hari Gambar je ada 1704 ( yg dah deleted mmg lagi banyak) Download full korean Drama ada 73 episod !!! . Setiap episode lebih kurang 1jam 04minit. Downlod bacaan Al-Quran ad 15 juz. Himpunan doa 41. Facebook print sceen 51



 
Untuk budget bawah 1k zenfone 6 mmg berbaloi untuk duit anda.

 

Tuesday, 20 May 2014

DIY dgn kulit limau....sure gempak

Time2 raya sure buah limau ni ada kat rumah korang khen. Korang ambik isinya buat jus kow kow. kulit nyer korang jangan buang pulak.

Potong macam dalam gambo ni. kalau potong lain ai potong yu!!! ha tatot.....LOL
Pastu gi paw adik atau abang yu gi kedai 2 hengget tuk belikan bekas kaca mcm kat sini jugak tau. Kalau lain n tak sama nanti ai marah. hehehe.

Dah siap kalu...letak kan meja ruang tamu. Bubuh sket pewangi. BUKAN minyak cap kapak!!! LOL




Rumah korang pernah tak de api? Kalau pernah, cuba chek bil api dah bayo ke belum hehehe. ok la, ok la, meh kita indahkan rumah kita dihari raya dengan sedikit sentuhan ajaib....

Meh buat pelita dari kulit limau mcm ni. Tutor ni bergambar, akak pun malas nak tulis panjang2. Korang pun bukan nak baca pong.....wakakaka

untuk minyak, korang buleh pakai minyak masak je.....
Kalau ada insiden rumah korang terbako di hari raya jangan nak carik akak pulak!!!! LOL

DIY Tee lama menjadi seksi sikit hehehe

Boringkan pakai Tee yang sama je. Nak gi beli lagi la berhantu nak keluar duit hehehe. Korang jom modify Tee lama jadik seksi sket nak?? AOJ....

AOL???? aka Akak ok je....

macam kiut je....macam chumel je...macam senang je khen...

DIY tempat letak sudu, garfu n pisau makan utk hari raya 2014 ni

Tiap-tiap tahun mesti nak nampak kelainan kan. Tahun ni cipta sesuatu yang boleh didapati di rumah anda. Hanya dengan sedikit idea, tenaga dan barang tambahan anda dapat mengahasilkan tempat simpan sudu yang baru. Kalau tak de tin susu, bedal je tin sardin wakakaka. janji tin weiii.

Yang ni mmg keras tangan tau. Jiran sebelah rumah mesti tak terfikir nak buat macam ni. Korang buatla lebih dan hadiahkan pada kawan2 juga.

Yang pasti ai akan gunaka tin milo lengkap ngan penutup untuk bubuh kerepek raya yang ai kat Batu Pahat. Korang jgan lupa lepas ni kita samer2 kumpul tin chumel2 untuk buat tempat simpan alat tulis pulak. WAH!!!!!Jimat duit la kalu mcm ni.... LOL

Selamat mencuba

DIY pipe kat sink untuk anak anda

Leceh kan kalau anak anda tak (belum) tinggi macam anda khen LOL. Lebih kesian setiap kali nak basuh tangan menti terjingkit jingkit, tertonjet tonjet khen.

Kalau korang ni prihatin meh D.I.Y pipe extension tuk anak kecil anda. Bahan utamanya hanya sebuah bekas terpakai sabun/lotion anak anda.

sumber dari : paip baru untuk anak

Dari kemeja saiz L (lebar, labuh, luas)

Kalau korang bersaiz besar macam ai TETAPI dah berjaya mengecilkan saiz badan (tak macam ai hehehe) jangan la buang baju kemeja lama korang tu...rugi tau.

Sebenarnya banyak cara korang boleh gayakan semula walaupun badan korang dah mengecil.
Ermm salah satunya ....

sumber dari sini : baju

kasih bertaut

Amboi tajuk tak menahan, padahal nak cerita cemaner nak pastikan sosej ngan spegetthi korang lebih menarik je kat dalam pinggan makan tu hehehe.

Raya 2014 ni korang kena la cuba idea ni. Sure mak jiran korang terkedu LOL

 
sumber dari : sosej kedekut yang dicatu

masa cepat berlalu.....

Baru je semalam sambut bufday yang ke 17 tahun (cewah porever ai 17 la sgt khen) Hari nih dah nak  series baru. Masa mmg kejam...

Terjemahkan masa yang terbang dengan idea segar nih. Dinding rumah korang pun akan lebih cantik dan lain dari rumah jiran sebelah. Ketua kampung kalau nampak ni sure jeles wakakaka.


 


 
 
 
sumber dari : jam dinding mak jemah

Selipar jepun a.k.a flip flop lebih cantik dan unik mengikut citarasa korang


Korang bosan ngan selipar jepun korang sbb plain je. Selipar gi surau pun asyik kena kebas je.....
Ermm guna idea nie....tambahkan manik2 manarik supaya selipar jepun anda lain dari yang lain dan mudah untuk anda kesan LOL. Anda juga buleh jual secara online hasil anda ini untuk pendapatan sampingan.


 
 












T-Shirt to dress

korang kedekut a.k.a berjimat ??? meh lakukan ini
cari baju Tee lama abang atau bopren korang :)
pastu lakukan langkah seterusnyer seperti gambar dibawah.

hasilnya walla......


 
suber dari : t-shirt to dress
nota kaki kanan....
jangan lupa pin kat mana yang perlu LOL

Wednesday, 19 February 2014

With my little guy


Jom gi shopping mainan.....

Hari ni gi bawak si tecik jalan2 window shopping je. Eleh, kalau dah nama budak kecik mana reti window shopping mak jah.....opcos ada jew yang TERbeli. Puas melayan kerenah anak bila sampai kat pasaraya, habis semua pelosok dan ceruk dia pegi melawat kawasan. Melawat kawan hokey....kalah wakil rakyat.

Dulu masa anak belum pandai berjalan, aiols selalu doa cepatla dia berjalan. Now, bila dah pandai berlari...glupp nak telan air liur pun tak sempat sebab nak mengejar dia. Huh, nasib baiklah aiols ni jenis yang besar gedabak makanyer kalau lari2 anak dalam pasaraya orang akan cepat bagi laluan kecemasan.
 

Friday, 17 January 2014

zoo negara


Lepas bangun tido Q tak moh pakai baju lain selain daripada baju ultraman kelabu. Korang ada anak kecik tak? Kalau tak de anak kecik mana korang tau bagaimana gelora hati ini mengontrol iman daripada marah2 anak yang guling2. Ai pun pakai kan ler baju cinta hati dia. Sebenarnya baju ultraman ni aiols jahit sendiri sbb anak bujang ai tak moh pakai baju ultraman yang bukan saiz dia dan longgar. Nak yang fit, ketat, melekat mcm ultraman dia jugak. Ok akak tepuk dahi. Sib baik la baik keras tangan ai ni boleh tahan hebatnya, cewah.
Apa nama Ultraman ni? seyes aiols sendiri tak tahu hokey..



Tahap konfiden anak ai mmg tinggi bila beraksi dalam pakaian ni hehehe. Nak ke mana2 kena bawak bekal seko ultraman. Kalau mood tamak mau penuh tangan dia cekut bawak kehulu ke hilir….mampu?? Kalau jumpa kedai jual ultraman atau  bila dah penat maka beg tangan ai akan dia sumbat. Sebab tu la ai malas bawak beg tangan kalau keluar berjalan ngan anak ai warghhhh sedihkan.

Nasib baik masa kami sampai orang tak ramai, sekejap je dah dapat tiket, kena la pakai kat tangan kan. Berjalan tak lama mana pun sebab kami naik keretapi (terkejut la tu) wakakaka. Baru jalan sikit dah penat, sib baik bapak Q ada boleh le tolong dukung Q hehehe. Ai mana boleh dukung lama2 nanti penat tau….. :P




Habis semua kandang kami lawat termasuk ler kandang khinzir LOL. Penat wo jalan….habis pecak lemak2 degil aiols yang dah lama aiols bela. Ai ni mana la larat jalan lama2. Nangis tumit kaki kaki ai nak tampung berat badan ngehngehngeh. Owhh macam nak jeles je tgk Q dpt dokong mcm tu. Hehehe nak jugak....

Recharge bateri kejap ye. Susu time!!! Tengah2 penat ngan haus ni rasa macam nak mintak sikit susu anak aqu tu hehehehe.

Tuesday, 14 January 2014

DIY batwing jubah

Melambak2 baju jubah kelawar kat pasaran. Kalau taip kat pakcik gugel melambak2 picture, web address, youtube dan jugak free pattern keluar. Sebenarnya terjumpa site ni secara tak sengaja. sempat print screen daripada sini dan....nah tegok ni.....




Balik rumah je, bila boboi ai tido ai pun start la project DIY baju batwing aiols. Ai tak suka lubang leher luas sbb bila pakai tudung risiko ditiup angin.....fuhhhh selambak kang. So  ai ubah kepada lubang leher bulat je. Depan belakang selamber ai buat sama. Alkisah nyer kalau terlajak sauk bahagian depan atau belakang.....tak de masalah.
Rupa2 nyer senang je buat baju natang ni hehehe. selepas puas pikir.....cewah. Sejam je, baju batwing baru aiols dah siap. Gigih nak melaram baju ni....terus pakai pegi opis.